Chillipeppers Kuching

Pergi Kuching baru ni macam biasalah confirm akan singgah Chillipeppers ni. Laksa sarawak n teh C special dia memang terrrrrbaikkkk.... 
Banyak2 kali makan laksa sarawak, kat sini punya laksa memang takde tandingan... cumanya kalau nak beli kenalah datang awal sikit kalau tak melepaslah wajabnya.... 

Harga memang sangat berpatutan...lebih murah dari harga makanan kat semenanjung. Siapa yang pergi Kuching, rugi kalau tak try. 


menu



nasi ayam penyet

mee kolok

mee kolok goreng


my fav teh C special..

laksa sarawak

dumpling sup

dumpling goreng



SNSD @ KLCC 23 Mac 2012

pic from: snsd-life.blogspot

Memang malang betullah..kenapalah diorang buat konsert ni 23hb, ngam2 waktu tu saya ke Kuching..tak dapat tengok my fav girl group ni huhuhu...tengok kat youtube jelah...dah confirm berlambak Sone yang upload video malam tu. Tq uol..dapatlah tengok diorang nyanyi The Boys, Gee, Genie, Mr Taxi, Hoot n Run Devil Run. Video kat KLIA pun ada. sakan diorang mengekor anak patung berlapan ni.

Yang paling best Fany cakap next time nak datang Malaysia lagi dengan cukup member, sebab kali ni Yuri tak dapat datang sebab cibuk dengan pengambaran drama. Best2...datang buat konsert okey..confm ramai yang tunggu. 

Dengarnya lepas habis Girls Generation perform ramai yang bla ikut diorang ke KLIA sebab diorang balik flight malam tu gak. Ada lak yang tak puas hati. Ada satu group yang menang Showdown ni. Siap tweet cakap persembahan Nicole barulah persembahan sebenar n dok boo budak2 yang ikut SNSD balik tu. 

Walaweiii....siapa kau aa..nak boo2x org sesuka hati. Engkau tu retis ke? Sukati dioranglah nak ikut SNSD ke, nak stay kat konsert tu ker. Ini negara demokrasi maaa!!!... Kalau kau tak minat sekalipun siapa kau nak banding2kan orang punye persembahan. Korang punya persembahan setakat menari terkinja2 je pun, cube menyanyi sekali, mau tercirit atas pentas tu. Uuhh...hangit betul!!... Belum jadi retis dah berlagak..kalau dah jadi tak tau la macam mane. 

Marah tahun lepas kat c Milah yang kutuk Suju M pun tak hilang lagi...tambah lagi satu marah. Tak paham betul, retis barat di agung2kan yang dari asia sendiri nak buat musuh pulak. Tolonglah...

Pesanan untuk orang2 yg perasan retis kat Msia ni, yang paling penting hormat orang lain punya minat n belajar2 la merendah diri okey...kalau tak, sampai ke sudahlah industri kita ni tak kemana.


Restoran Murni SS2


Rasanya kalau sebut Restoran Murni SS2 ramai kaki2 makan yang tahukan. Makanan kat sini memang best + harga pun cun. Memang berbaloi pergi. Orang sentiasa ramai. Kalau malam, dia open table kat luar sepanjang2 koridor kat bangunan tu. Punyelah ramai customer. Itupun kadang2 meja kena tunggu sebab tak ada kosong. Begitu sekali dasatnya restoran ni. Dah tentu2 untung beribu sehari.

Makanan yang famous kat sini:

-         mee raja (tapi saya tak suka sangat, cepat muak)
-         loh shu fan
-         nasi lemak (paling suka)
-         nasi goreng napoleon (banyak..kena kongsi baru habis)
-         roti Hawaii
-         nasi goreng meletup (ada pedas n super pedas)

Air dia pun ada banyak jenis. Yang paling famous ribena special n mango special. Air tu dia campur dengan buah2 n nata de coco sekali. Sedap memang sedap tapi agak manis lah…sekali sekala bolehlah try tapi kalau selalu boleh kena kencing manis kau… 


chicken chop

loh shu fan


nilah nasi goreng meletop

roti hawaii



mee raja


my fav nasi lemak


Groub Base

Disebabkan Group Base ni dekat jer dengan opis jadinya memang selalu sangatlah kami orang ke sini. Opis pun kalau ada buat makan2 memang selalunya tempah makanan kat sini. Makanan dia memang best, harga pun berpatutan.

Makanan paling direkomenkan:

-         lemon chicken
-         daging blackpepper
-         butter sotong
-         butter prawn (ada jenis basah/kering tapi saya suka yang basah punya)
-         soft crab
-         asam laksa (paling banyak kali order, sebab suka sangat..hehe)
-         air asam boi (fuhh..mmg mengancam)

Selain tu, lauk-pauk tengahari dia pun sedap sangat…paling favorite sambal petai..hehe..mantap weii..besar2 petai dia. Kalau malam ada sate..pun sodap (semua pun sedap mekjah ni..)

Sesiapa yang suka masakan ala Thai, memang tempat ni paling terbaik..
Lokasi : Bandar Sri Damansara, SD12, belakang Mbb. 

soft crab




tom yam

butter prawn


lemon chicken

senyum jer nampak makanan depan mata...

Bora Asmara

Dengar nama macam best jer kan...Bora Asmara. Macam tempat bercinta jer, padahal tempat makan. Tapi memang sesuai sgt kalau nak beromantik2 kat sini, view dia memang meletop. Restoran ni terletak di Sungai Penchala.
Tempat makan dia ada 3 jenis. Nak yang open air ada, nak yang dalam pondok ada, nak yang dalam bangunan restoran pun ada.

Awal2 sebelum pegi tu kitorang dah siap booking meja yang open air punye, konon2 la romantic sikit, last2 time sampai tu hujan, takleh buat apalah terpaksa masuk dalam bangunan restoran makan.

Seriously cakap tempat ni indah kabar dari rupa jer.. restoran memang high class tapi standard makanan dia sorry to say laa low sangat…tak best langsung. Dah la order sampai lambat giler, bila sampai lak makanan semua dah sejuk kecuali tomyam. Macam masak semalam jer…. L

Paling teruk Pai Tee dia…sejuk + lemau…pasta dia pun sama. Pertama kali kami yang kuat makan ni, pergi makan tapi makanan tak habis…memang fail!!.. Harga makanan dia dah lah mahal gabak…



deco gambar barung

tak best pun air ni...




sejuk + lemau + tak sedap


nampak macam bestkan...tapi hakikatnye...

ada orang nyanyi2 kat belakang


Yang ajaibnya ramai tu orang datang makan kat cini…agak penuhlah meja. Orang kaya-kaya nak makan dengan privacy kot. Yang best sikit kat sini sebab dia ada live band perform. Ok gaklah diorang punye nyanyian.

Kalau nak rasa kelainan, bolehlah pergi sini tapi kalau nak rasa makanan yang betul2 sedap pergilah cari kat tempat lain. Bagi kitorang… memang confim takkan datang lagi dah. 

Bangkok Wasabe

Nak rasa masakan Thai yang giler best, jom pergi Bangkok Wasabe. Harga ada sikit mahal tapi takpe sangat berbaloi…masakan dia memang sedap hingga menjilat jari…hehehe…

Time ni gi dengan member2 opis...giler makan banyak macam bela jin.. Ce tengok gambar2 kat bawah ni....confirm terliur punye...;)

menu

bungkus dalam daun yang macam daun sirih, pastu makan...sedap..


pineapple fried rice

otak2..penuh seefood dalam tu

menu paling best...udang blackpepper

pandan chicken...pun best...


spaggeti goreng



muka kekenyangan semua...

pulut mangga

nak gi..ni alamat dia..