Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wong Solo, Kampung Baru

Mekjah kan…sebenonyekan…dah lame mengidam nak makan dekat Wong Solo…ala restoran Indonesia yang famous amous tu… selalu dengar orang cerita restoran ni ayam penyet dia sedap.

Jadinya sehari sebelum puasa hari tu mekjah pun dengan gigihnya cari restoran ni. Maklumlah esok dah tak boleh makan siang, jadi hari ni kena lah puaskan nafsu makan yang membuak-buak ni hehehe…

Dari Wangsa Maju nak ke restoran ni dekat Kampung Baru, korang tau berapa lama nak sampai???.... sejam lebih kau…giler punye jem. Dengan panasnya lagi. Agaknya semua orang pun nak keluar makan puas-puas kot haritu, tu yang sesak habis jalan.
Sampai dekat Wong Solo, dah dekat pukul 4.00 pm.

Haritu mekjah order set nasi ayam penyet, belado petai dan jus alpokat. Serius sedappp…
Yang paling special dalam set nasi tu nak tau ape…dia punye tauhu goreng dengan tempe goreng. Diorang macam dah salut dengan rempah ratus dulu sebelum goreng. Tu yang rasa dia memang kaw2x sedap.

Kalau nak try bolehlah pergi. Tak nak pergi Kampung Baru punye branch boleh pergi cawangan Ampang, Bangi, Cheras, Kajang, Shah Alam. Tak rugi I tell u….   

Ok baiii….tq kerana sudi membaca…. J









D'Arab Cafe

Assalammualaikum dan selamat berpuasa…

Korangg…suka makan nasi arab tak??... mekjah sebelum ni nak kata suka sangat makanan ala middle east ni takde la, biasa2x jer… Cuma mekjah suka dia punya kebab dan salad jer… teringat satu restoran arab dekat Palm Spring dulu, salad dia sedap giler kot…

Kebetulan datang Shah Alam baru ni, adik mekjah ajak makan nasi arab dekat Seksyen 7. D’Arab CafĂ©. Sebelah Unisel. Kedai ni area food court yer…so kalau nak makan makanan lain selain nasi arab pun ada.


Hari tu kami try set lamb dan chicken. 1 dulang tu set untuk 3 orang punye makan. Ada siap sekali dengan sup, sambal dan air sirap. Kalau tak nak sirap boleh order air lain tapi kat kedai lain laa… 

Dia punye rasa memang sangat sedappp... Makan nasi je pun dah sedap. Ayam pun dia perap just nice  jer takde la rasa rempah yang kuat sangat sampai hilang rasa ayam tu. Kambing dia sedap koranggg...cuma dia punye portion sikit sangat, tak padan dengan nasi. Nak puas hati beli la lagi xtra kambing tu yer... 



set chicken grill rm30+

set lamb rm40+

jus durian belanda

Sesiapa yang rasa teringin nak try boleh la datang sini. Ni alamat dia mekjah ambik kat google.

Lot 3 Kompleks Anjung 7
Jalan Zikron B 7/B, Seksyen 7
40000 Shah Alam


Garobee Restaurant

Restoran ni letaknya di Gangnam Seoul, Korea. Kalau nak makan tanpa was2x bolehlah datang ke restoran ni, sebab dia menyediakan hidangan vegetarian sahaja. Senanglah sikit kita2x yang muslim ni nak makan. Yang bestnya lagi sebab diorang buat buffet style. Boleh makan sepuas2x hati. Bayaran pun berbaloi.

Lunch 15,000 (Rm45)won start dari pukul 12.00 pm – 3.00 pm

Dinner 17,000 (Rm51) won start dari 6.00 pm - 9.00 pm

Kira murahlah harga ni. Kalau restoran lain 15,000 won tu dapat satu hidangan jer.

Masakan yang paling sedap rasanya glass noodle dengan nasi goreng dia. Tak lupa jugak cendawan dia. Goreng ala-ala celup tepung lepas tu salut dengan sos masam2x manis. Sedap giler tu... Lagi satu air dia, plum tea...pun sedap. Rasa sangat kaw2x...terasa masam plum tu.

Lee JongWoo dengan EunJung pun pernah datang restaurant ni buat pengambaran We Got Married tau...

Macammana nak pergi sana??...ikut macam kat bawah ni...

Direction: Sinnohyeon Station (line 9) exit 5

Jalan straight sampai jumpa bangunan CGV. Belakang bangunan ni dah boleh nampak dah restaurant ni.

Selamat pergi dan selamat mengenyangkan diri yer...




salad

plum tea


glass noodle




aneka kimchi

nasi goreng


nampak macam daging betulkan...

roti, kopi pun ada






Burger kukus lava



Kalau dulu orang famous dengan burger bakar sampai jadi fenomena. Skang ni ada lagi satu burger yang marvelous..Lava burger nama dia. Lokasinye di Damansara Damai.

Kedai ni buka pukul 6 petang sampai 12.30 malam. Kalau ada yang berminat nak pergi, baiklah pegi awal-awal, kalau tak jenuh nak tunggu order siap sebab orang punye la ramai. Diorang siap pakai sistem nombor giliran lagi.

Burger dia ada macam-macam jenis. Kalau yang saiz biasa, nama spongebob, yang saiz medium, Patrick, yang paling besar sekali Mr Krabs. Peminat Spongebob seluar kotak kot diorang ni.

Daging burger dia pun ada banyak jenis, ada ayam, lembu, kambing, burung unta, dan apetah lagi lupa dah. Besar-besar lak tu daging dia. Yang paling best dia punye sos, mayonis, memang tak kedekut langsung. Melimpah-ruah dibubuhnya. Harga pun sangat berpatutan. Rugi oo..sape yang belum try..

Jom layan gambar-gambar burger lava...mesti sape tengok terliur...

spongebob special rm5.50

patrick special rm7.00

mr krabs 

spongebob double special

oblong

inilah hasilnye setelah 10 min...

geng-geng kuat melantak...hehe


Resepi Kimchi


Setelah diteliti2x, dikaji2x, dan dibuat rumusan, akhirnya inilah resepi kimchi yang terpilih untuk dicuba. Asyik beli jer, skang ni nak try buat pulak,

Bahan-bahan perap

2 biji kubis cina
6 sudu besar garam
½ cawan air

Bahan-bahan sos

10 sudu cili giling (nak pedas boleh tambah lagi)
2 sudu sos ikan (hari tu saya guna sos tiram jer 1 sudu)
2 sudu gula
2 biji buah pear
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
Daun bawang
1 sudu tepung pulut + 6 sudu air (saya guna tepung gandum)

Prosess pemerapan

  1. Potong dua kobis cina tadi n basuh bersih-bersih.
  2. Ratakan garam pada kubis tadi. Pastikan setiap helai daun pun kena.
  3. Masukkan air. Peram semalaman. Letak benda berat macam lesung ke atas kubis tadi biar mampat.
  4. Lepas semalaman, basuh kubis dengan air bersih. Rasa bahagian yang keras, kalau masin maknanye dah ok tapi kalau masin sangat rendam dulu kubis dalam air dalam 30 min. Lepas tu angkat dan toskan.

letak benda berat atas kubis biar padat

ini rupanye setelah peram semalaman

 Prosess membuat sos

  1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
  2. Bancuh tebung dengan air dan masak sampai pekat, campurkan sekali gula.
  3. Potong daun bawang 1 inci panjang
  4. Hiris buah pear lebih kurang 3 inci panjang.
  5. Campur semua bahan-bahan di atas tadi dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  6. Masukkan sos tiram.
  7. Masukkan cili
  8. Biarkan selama 30 minit.
  9. Ratakan sos pada kubis. Pastikan setiap helai daun kena.
  10. Simpan dalam bekas tertutup dalam suhu bilik. Lepas 2 hari dah boleh makan.





ini bukan pizza delivery yer..

inilah hasilnya... :)

Yeah…jimat dah duit, tak payah beli kimchi lagi pasni. Sedap oo…tak xcaye, moh datang rumah try hehehe…

Full House, Wangsa Maju


Dengar jer nama restoran ni mesti teringat drama korea Full House tu kan..hihihi… Restoran ni dekonya memang cantik sangat… warna dinding, sampai kerusi meja semua putih, pastu hias2 dengan pasu, frame n patung2 yang comel2 sangat. Depan pintu masuk pun dah ada air pancut n kereta kecik yang cute-miut.

Rasanya restoran ini ada banyak cawangan tapi yang saya pergi haritu dekat area Wangsa Walk. Makanan dia semua ala barat, ada spageti, pasta, chicken chop, lamp chop, berbagai2 lagi lah. Harga boleh tahan tapi yang penting rasa dia memang sedap menjilat jari..nyum2x…

Jom tengok gambar2 ni, mesti ada yang terliur nanti… ;)

deko depan restoran




buku menu dia dah macam majalah dah..



yang kanan tu, korean citron tea

chicken chop..

vongole spageti

kejap je licin hehehe...