Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Sambal Hitam

Assalamualaikum…

Pernah dengar sambal hitam tak?... Orang pahang memang dah familiar sangat dengan sambal ni. Sekarang ni pun sambal ni dah fofuler, ramai orang suka. Kat fb ni mekjah tengok kemain laris orang menjual. Nak membuatnya mudah jer, bahan pun tak banyak. Soo…mekjah nak kongsi resepi ni kat sini. Sape-sape berminat bolehlah cuba. 

Bahan-bahan: 

Belimbing buluh
Garam 
Cili api 
Bawang merah
Ikan Bilis 
Minyak masak 

Cara-cara: 

Belimbing buluh tu ouls kasi rebus, tapi jangan letak air…sebab nanti belimbing tu akan berair sendiri. Letak garam sekali. Biar je atas api sampai kering. Nanti belimbing tu akan bertukar jadi warna hitam. Lagi kering belimbing tu lagi dia tahan lama. Berbulan-bulan boleh simpan. 

masak atas api perlahan camni

Nanti hasil dia akan jadi macam ni. 

selepas berjam2x..

So..ambik sikit setakat mana nak guna, yang lebihnya tu bolehlah simpan buat pusaka. 

Step seterusnya, tumbuk belimbing tadi bersama cili, bawang merah dan ikan bilis sekali. Garam tak payah masuk dah sebab belimbing tadi pun dah masin sebab kita rebus dah siap campur dengan garam. Kalau tengok kat sini, mekjah pun takde cakap berapa banyak bahan2x yang uols nak kena guna. Sebabnya semua pun pakai agak2x n ikut cita rasa uols sendiri. Kalau suka masam, letaklah belimbing lebih. Kalau nak pedas letaklah cili lebih. Gitulah kaedahnya. 

Dah siap prosess tumbuk menumbuk semua, bolehlah bahan2x tadi ditumis. 

Racik sedikit bawang merah untuk menumis. Kemudian campur semua bahan2x tumbuk tadi. Masak atas api perlahan sampai kering. Time ni menderitalah duk terbersin berkali2x. 

Okey…settled. Mudah tak…hehehe….

siap...tp pic x clear..

kawan2x opis order ritu...

Sampal ni makan dengan nasi panas2x…pehhh…memang terangkat. Mekjah lemau kalau jumpa sambal ni, makan nasi berkali-kali menambah, tak boleh nak tahan2x…tu yang tak pernah menjadi nak berdiet tu…huhuhu…

Okeylah…tq membaca n selamat mencuba. 

Resepi sup ayam & ginseng


Hari-hari makan makanan goreng dan berlemak. Sekarang ni nak try buat makanan untuk kesihatan pulak. Resepi ni mengikut apa yang uncle jual ginseng ni bagi. Sangat mudah dan senang. Rasa pun sedap.

Bahan-bahan:

¼ ekor ayam
1 inci halia diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dibelah empat
Garam secukup rasa
Ginseng dalam paket macam kat dalam pic kat bawah ni. Saya letak ¼ jer.


Cara-cara:

  1. reneh semua bahan-bahan di atas sampai ayam empuk.
  2. masukkan garam. Siap untuk dihidang.
dah siap...

Tengok..senangkan, pejam mata pun boleh buat hehehe…

Kimchi stew


Alang-alang dah buat kimchi haritu, saya pun try la buat kimchi stew. Google kat internet jumpa la resepi ni. Apa lagi terus try.

Bahan-bahan:

1 cawan kimchi (ambil air dia sekali)
2 cawan air
1 tauhu lembut
1 tin tuna dalam botol
1 sudu serbuk cili
1 ulas bawang putih (cincang)
Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan kimchi dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan bawang putih, serbuk cili dan tuna. Biarkan seketika.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Last baru masukkan tauhu, masuk awal2 takut hancur lak.
  5. Biar sekejap agak2 tauhu dah masak. Dah boleh angkat.
inilah hasilnya...

Makan dengan nasi. Rasa dia masam-masam pedas. Tak tau la sama ke tak rasa dengan resepi original sebab tak pernah rasa, tapi boleh la layan..nyum..nyum… J

Nasi goreng kimchi

Bahan-bahan

Kimchi (ikut suka nak letak banyak mana)
1 cawan nasi putih
Sayur (ikutlah sayur apa yang nak letak)
Telur

Cara-cara

  1. Panaskan satu sudu minyak.
  2. Masukkan kimchi yang telah dipotong 1 inci panjang.
  3. Masukkan sayur dan nasi
  4. Tambahkan garam kalau perlu
  5. Buat ruang di tengah-tengah kuali dan pecahkan telur.
  6. Agak-agak telur dah separuh masak, kacau dengan nasi.

Nyum..nyum…dah ready untuk dimakan. Rasa macam nasi goncang makan kat Nami dulu. 

Resepi Kimchi


Setelah diteliti2x, dikaji2x, dan dibuat rumusan, akhirnya inilah resepi kimchi yang terpilih untuk dicuba. Asyik beli jer, skang ni nak try buat pulak,

Bahan-bahan perap

2 biji kubis cina
6 sudu besar garam
½ cawan air

Bahan-bahan sos

10 sudu cili giling (nak pedas boleh tambah lagi)
2 sudu sos ikan (hari tu saya guna sos tiram jer 1 sudu)
2 sudu gula
2 biji buah pear
6 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
Daun bawang
1 sudu tepung pulut + 6 sudu air (saya guna tepung gandum)

Prosess pemerapan

  1. Potong dua kobis cina tadi n basuh bersih-bersih.
  2. Ratakan garam pada kubis tadi. Pastikan setiap helai daun pun kena.
  3. Masukkan air. Peram semalaman. Letak benda berat macam lesung ke atas kubis tadi biar mampat.
  4. Lepas semalaman, basuh kubis dengan air bersih. Rasa bahagian yang keras, kalau masin maknanye dah ok tapi kalau masin sangat rendam dulu kubis dalam air dalam 30 min. Lepas tu angkat dan toskan.

letak benda berat atas kubis biar padat

ini rupanye setelah peram semalaman

 Prosess membuat sos

  1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
  2. Bancuh tebung dengan air dan masak sampai pekat, campurkan sekali gula.
  3. Potong daun bawang 1 inci panjang
  4. Hiris buah pear lebih kurang 3 inci panjang.
  5. Campur semua bahan-bahan di atas tadi dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  6. Masukkan sos tiram.
  7. Masukkan cili
  8. Biarkan selama 30 minit.
  9. Ratakan sos pada kubis. Pastikan setiap helai daun kena.
  10. Simpan dalam bekas tertutup dalam suhu bilik. Lepas 2 hari dah boleh makan.





ini bukan pizza delivery yer..

inilah hasilnya... :)

Yeah…jimat dah duit, tak payah beli kimchi lagi pasni. Sedap oo…tak xcaye, moh datang rumah try hehehe…