The Moon That Embraces The Sun


Episode : 20
Rating : 10/10

Pelakon :

Kim Soo Hyun         : Lee Hwon

Han Ga In                : Heo Yeon Woo / Wol

Jung Il Woo             : Yang Myung

Drama ni mengisahkan putera raja Lee Hwon yang jatuh cinta dengan Yeon Woo, anak pembesar istana. Tapi cinta diorang ni terhalang sebab nenek Lee Hwon ni nak jodohkan dia dengan anak menteri yang lain. Sampai nenek dia sanggup suruh seorang dukun (Dukun Jang), bunuh Yeon Woo guna ilmu hitam.

Dukun tu buat semua orang percaya yang Yeon Woo dah mati tapi sebenarnya tak. Sebab nak selamatkan Yeon Woo, dia bawak budak tu lari kat tempat lain. Sebab dia tahu yang Yeon Woo akan dapat bahaya kalau dekat dengan putera raja tu. Sampaikan family pun tak tahu yang Yeon Woo tu still hidup. Cuma dia hilang ingatan sebab trauma.

8 tahun lepas tu, Lee Hwon dah jadi raja ganti bapak dia yang dah mati. Dia pun dah kawin dengan anak menteri yang nenek dia suka dulu tapi dia tak suka pun permaisuri tu. Diorang pun tak pernah tidur bersama.

Sebab risau raja tak ada pewaris and selalu sakit, nenek dia suruh pengikut dia cari Dukun Jang bawak balik semula ke istana. Disebabkan Dukun Jang tak nak, diorang culik anak Dukun Jang, Yeon Woo. Diorang jadikan dia tangkal manusia yang jaga raja time raja dah tidur untuk elakkan nasib malang. Jadilah Yeon Woo dukun kat istana dengan identity Dukun Wol.

Dari mula2 nampak Dukun Wol, Lee Hwon selalu dapat rasa yang Dukun Wol tu ada banyak persamaan dengan Yeon Woo. Sampaikan dia siasat balik kes kematian Yeon Woo dulu. Dukun Wol pulak bila masuk istana selalu dapat bayangan kisah silam raja. Dia ingat dia ada kuasa dapat baca fikiran raja tapi rupanya itu kisah silam dia sendiri. Sampai akhirnya dia ingat balik, sebenarnya dialah Yeon Woo.

Yang kesiannya abang raja, Yang Myung pun suka dekat Yeon Woo. Tapi nak wat macam mana terpaksalah dia mengalah.

Start tu barulah komplot2 jahat menteri dengan nenek raja tu terbongkar. Tak puas hati punye pasal menteri jahat tu kumpul orang2 dia serang istana. Nasib baik diorang tak berjaya and mati akhirnya. Permaisuri pulak bunuh diri.

Happy ending, akhirnya raja, Lee Hwon dengan Yeon Woo kahwin.

Time mula2 drama ni keluar dulu memang banyak baca komen pasal orang kata cite ni best. Ranking pun memang gempaklah 1st memanjang. Tapi sebab cite ni style lame2 kan lemau sikit nak tengok. Last2 minggu lepas baru saya start tgk, 3 hari marathon sampai habis. Giler best, berbaloi tak tidur malam. Menyentuh perasaan giler, airmata tak yah cite laa..berjurai2 keluar huhu…

Tak pasal2 jadi peminat Kim Soo Hyun dah skang. Dulu tak minat dia nih coz nampak macam budak2 sangat muka dia, tapi skang wallpaper pc pun dah tukar muka dia..sorry Jang Geun Suk..

Drama ni dari storyline, pelakon, plot2 dia memang perfect. Nak skip sikit pun sayang. Pelakon kanak2 dia memang bagus giler. Nak2 yang belakon jadi Crown Prince tu, Yeo Jin Goo, terbaik betul. Kim Soo Hyun pun sama, memang improved betul lakonan dia berbanding dalam Dream High tu. Paling tak tahan bila time dia nangis, mesti saya pun ikut nangis sekali huhu…

Terharu giler tengok betapa sayangnya dia dekat Yeon Woo walaupun Yeon Woo dah mati. Agak2 ada tak laki camtu kat dunia ni??..

Sorang lagi yang best, pelakon lelaki yang jadi pengikut raja tu Hyung Sun. Lawak giler pakcik tu, tengok muka dia pun dah boleh gelak.

Ost drama ni pun memang gempak. Lagu ‘Back to the time-Lyn’ dengan Under the moonlight-Heora, memang best sangat2. Dengar sepanjang hari pun tak jemu.

Info:
  • Sepatutnya Joo Won (Baker King) yang pegang watak Yang Myung, tapi sebab komitmen dengan drama Ojakyo Brothers, dapatlah watak ni kat Joon Il Woo. 
  • Drama ni asalnya novel yg ditulis pada tahun 2005, oleh penulis yang sama tulis novel Sunkyunkwan Scandal. 
  • Menang Baeksang Art Awart sebagai drama terbaik dan pelakon lelaki terbaik.
Raja yang kacak...

Zaman remaja Lee Hwon, Yeon Woo & Yang Myung

Dukun Wol & Raja dating tengok wayang

Prince Yang Myung

Akhirnya.... happily  ever after...;)

Pic From: The Moon facebook