Summer In Seoul - Day 3

2 Jul 2013

Hari ketiga kami di Seoul. Ikut plan kami nak ke Everland, tapi hari hujan la pulak. Rugi je pergi nanti mesti banyak game tutup. So last minit tu kami decided nak pegi Nami Island dulu. Hujan pun hujan la... takkan nak memerap dalam bilik pulak, rugi...lagipun kami dah memang prepared baju hujan dari Malaysia lagi.

Nami Island

Direction: Dari Jongno 3sam-ga station tu kami ambik line 1, turun di Cheongnyangni Station. Sepatutnya kami kena keluar dari stesen subway ni cari train station nak ke Sangbong dulu tapi bila keluar dari metro jer nampak banyak signboard ke Gapyeong. Kami pun follow je laa..rupanya ada ITX dalam ni, so boleh direct ke Gapyeong tak payah tukar2x train lagi dah. Train ni cuma stop kat 1 stesen je, cepatlah sikit sampai lebih kurang 45 min. Train pun cantik dan selesa.

Tengah2x duk syok kami menyembang dalam tu tetiba ada orang check tiket. Ahh..sudah. Kena pakai tiket ker...kami mana ada tiket, scan T-money je tadi. Rupenya ITX ni kena pakai tiket uols...ada mesin kat luar, siap ada no seat semua. Kami ni tak tahu..ingat nak kena halau keluar dah, rupanya boleh beli tiket jugak kat dalam tapi dia charge extra 2000 won...nasib baik, cuak gak masa tu. Orang tu kata nanti sampai Gapyeong tunjuk tiket dan T-money kat kaunter nanti dapat balik refund untuk apa yang kami dah scan awal2x tadi. Ohh...nasib baik sekali lagi, kalau tak hilang sia2x duit.

Sampai Gapyeong Station, hujan makin lebat la pulak. Nak tunggu reda pun tak tau bila, jadinya demi menjimatkan masa kami pun teruskan jugak perjalanan. Ambik teksi untuk pegi jeti. Tambang dalam 3,000 – 4,000 won macam tu lah. Sampai jeti, beli tiket feri + Nami island entrance 8,000 won (Rm24). Tapi seriously Nami time summer ni tak cantik sangatlah..kena pegi time winter atau autumn baru puas hati.

hujan lebat...

belakang tu feri yang akan bawa kita ke Nami Island




tempat 1st kiss dalam Winter Sonata

mek yatie tengah menari...ewah...ewahhh...

Sesiapa yang pergi Nami ni mesti setuju kalau saya cakap pulau ni ramai boleh jumpa umat Malaysia. Betul tak??...hehe..sana sini orang Malaysia.

Tak lama merayau2x, hujan pun akhirnya berhenti.. Alhamdulillah...baru boleh jalan dengan aman, tapi kami dah macam orang balik sawah dah...habis basah kasut semua.

Nami ni berbanding time saya pergi tahun lepas, dah banyak berbeza. Diorg ada bukak satu food court yang agak besar gak lah... Kedai nasi goncang yang fofuler tu pun dah tukar lokasi. Sekarang kedai dia dekat dengan satu restoran cina, belakang musolah. Kami pun hampir tak jumpa haritu. Kedai dia besar lagi dari yang lama.







lokasi kedai nasi goncang



Yang paling best sekali ada mini studio MBC diorang baru buka. Best jugak..boleh jumpa Yoo Jaesuk dengan Kang Hodong, tak jumpe orang betul jumpa patung pun bolehlaa...

Jae Suk Oppaaaa....
ada gaya tak hehehe....
Ada terbaca dekat blog Zarina, katanya ada restoran halal yang baru bukak since bulan March haritu berdekatan dengan Nami ni. Dari Gapyeon Station tu dalam 5km jaraknya, boleh naik taxi pergi.

War museum

Direction: Samgaji Station (line 6) exit 12

Balik Nami kami terus gerak ke Itewon. Nak kejar pergi War Museum. Sampai pun dah dekat pukul 5 pm camtulah. Sebab museum nak tutup dah, kami merayap2x ambik gambar kat bahagian luar jer...macam kat luar lagi best jer, sebab kat dalam hall tu mesti tak ada kapal2x perang besar gabak ni kan...

tengah tunggu train nak balik









Tengah sakan berposing beraneka ragam tu tetiba ada satu ahjusi korea ni tegur. Katanya dia jeneral angkatan tentera korea. Nampak stail dia macam orang besar2x gak, english dia pun memang bagus. Peramah giler ahjushi tu, tak berenti bersembang cerita pasal experience dia pergi berperang semua. Dia pun pernah datang Malaysia dan pernah berkerjasama dengan ATM kita dulu2x. Katanya dia ada temujanji petang tu, kalau tak dia teringin nak belanja kami makan. Iskk...sayang betul hihihi... Sampai ke stesen subway ahjushi tu hantar kami, siap bukakan pintu lift bagai..baik betul. Orang Malaysia pun tak pernahnya jumpa yang peramah camgini.

ahjushi yang peramah itu

Dah pergi Itewon ni tak sahlah kalau tak pergi masjid kan. So balik dari museum tadi kami teruslah singgah. Sampai masjid ni angin kuat sangat. Nak bergambar pun susah. Nasib baik kami ni gemuks2x kalau tak terbang dah hehehe...

jumpa anjing ni masa kat tengah jalan...beso gilerrr...


Kalau ikutkan orang lain punya cerita, katanya baklava dekat Salam Bakery tu sangat sedap. Ada yang beli sampai beratus ringgit habis. Nak try punya pasal kami pun singgahlah. Beli yang kecik2x tu tapi banyak2x jenis sebab nak rasa macam2x flavour. Tapii...ngape tak sedap pun. Manis ya amat...macam makan gula jer...ke saya yang tak reti pilih kot.

baklava
Kami sempat jugak singgah Murree restoran sebab nak rasa daging bulgogi dia yang katanya sedap tu. Kami order bulgogi dengan bimbibab. Rasanya..mmm...bolehlah...time makan dekat Mid valley ritu lagi best rasanya. Lagipun harga dia mahal sangat, 15,000 won (Rm45) untuk 1 set bulgogi, 8,000 (Rm24) won untuk bimbibab. Kalau pergi makan ikan bakar dekat Dongdaemun tu dah berapa banyak set sotong boleh order...lagi sodappp...


bimbibab

set bulgogi
Dah alang2x dekat line 6 skang, boleh pulak kami decided nak pegi Sindangdong. Nak makan tteokbokki. Giler tak, padahal baru lepas makan...hihihi...

Sindangdong Tteokbokki

Direction: Sindang station (line 6) exit 8. Jalan straight sampai uols akan jumpa satu kain rentang macam ala2x pintu gerbang laa...semua kedai area tu jual tteokbokki.

Katanya gerai paling famous kedai 1st yang kita akan jumpa tu, I Love Tteokbokki. Memang famous kot, ramai artis2x korea pernah datang sini. termasuklah saya punya Jang Geun Suk hihihi...Hyun Bin, Moon Geun Young, Kang Gary, Suk Jin, Rain, Kara, Suju....ramai lagilah...

Waktu sampai Sindangdong ni, hari dah gelap, hujan pulak dah turun balik. Tapi semangat kental nak melantak punye pasal, kami teruskan jugak...

Tteokbokki dekat sini kira yang proper laa, kalau yang jual tepi jalan tu simple2x punye. Dalam periuk tu dia ada campur, rice cake, ramen, glass noodle, telur dan sayur jer...tak ada daging semua. Ada jugak dumpling tapi janganlah ambik sebab tak tau isi dalam diorang taruh ape. Kami berani pergi sini sebab kawan adik saya yang recommend, dia penah datang sini makan. Dekat blog zarina@budgettravel tu pun ada pasal restoran ni. Tapi kalau was2x jugak dinasihatkan jangan makan langsung...

Kami order set untuk 4 orang makan. Harga 25,000 won (Rm75). Sekali sampai jer...oh mak kau...besar gabak kuali dia, boleh muntah nak habiskan. Patutnya order yang small jer...tapi nak buat macam mane, dah lambat dah...makan je laa...tapi ni kalau kami tak makan kat Murree tadi memang confirm boleh settle hehe...

tengok...besar tak???

ada sesiapa terliur hehehe...

antara retis2x yg penah datang restoran ni

abang Hyun Bin pun ada...
Tamat sudah cerita kami di hari ke 3 di Seoul yeahhh...penat betul nak perah idea mengarang karangan ni. 

No comments:

Post a Comment