Namdaemun Market
Hukhukhuk…hari ke 5. Maknanya hari ni last day kami kat Seoul , malam ni nak balik Malaysia dah. Cepatnya…xnak balik
boleh tak…L
Saya dah jatuh hati abis kat Korea
ni. Memang berat hati nak balik, tapi nak buat macam mana tetap kena balik.
Pagi ni macam biasa kami breakfast dulu dekat guesthouse,
lepas tu terus check out tapi beg tinggalkan dulu. Kami bergerak ke Namdaemun.
Pasar yang paling besar dekat Seoul
ni. Yang bestnya dari guesthouse ni nak ke Dongdaemun, Myeongdong n Namdaemun
guna subway line yang sama, line 4. Senang, tak payah nak transfer2.
dapur Windroad Guesthouse
Sampai Namdaemun ni terkejut gak la ramai peniaga2 kat sini
yang boleh cakap melayu. “apa khabar?”…, “murah2x..”, walaupun sikit2 tapi
bangga gak lah dengar. Ada
sorang ahjushi jual t-shirt ni cakap “ murah2…3 sepuluh ringgit!!”..biar betul,
murah beno!!... padahal 3 10 ribu won, dia cakap salah haha… disebabkan ahjushi
ni mesra alam, terus borong 12 helai t-shirt kat dia.
Jalan2 lagi tetiba ada sorang mamat korea ni cakap “aku cinta kamu”..
“aku rindu kamu”..”siti nurhaliza”..waa..tak sangka kenal lak dia kat penyanyi Malaysia .
Kami tak pusing habis pun Namdaemun ni, besar sangat, kalau
nak jalan betul2 mau sehari suntuk baru cukup. Atas tanah, bawah tanah semua
ada kedai. Yang pasti barang2 kat sini lebih murah berbanding kat tempat lain.
Kalau kat Malaysia ,
boot yang tak berapa cantik dekat Universal Traveller tu beratus harganya, kat
sini boleh dapat dalam rm80 jer. Jaket cantik2 pun, lepas tawar boleh dapat
rm60. Giler murah.
Namdaemun Market
jaket yang cantik2
baju baby...comel kan??
kedai underground
Seterusnya kami ke Jonggak Underground
Shopping Center . Nak ke
sini terpusing2 gak mulanya tapi nasib baik jumpa ahjushi sorang ni. Siap bawak
kami sampai pintu masuk lagi. Ni yang bertambah suka ni. Orang Korea
ni memang kebanyakannya suka tolong orang n peramah. Walaupun dia tau kita ni
tak reti bahasa dia dan dia pun tak reti cakap luar, tapi still suka nak
bertegur sapa.
Cheongyecheon Stream waktu siang
tengok2..gambar sape kat belakang tu...
loli..loli..oh lolipop...
gambar bangunan cantik
Last stop shopping, kami singgah Myeongdong undergroung
shopping center. Teman member beli beg. Time tengah tunggu subway kami jumpa
sorang namja yang giler kentang kacaknya. Memang selalu jumpa jejaka2 kacak kat
seoul ni tapi
yang ni lain macam kacaknya. Muka dia iras2 Nickhun 2pm + Minho Shinee.
Bayangkan. Dan2 lepas tu kami pura2 tanya jalan hahaha…Dia siap lambai2 kat
kitorang lagi sebelum pergi. Sayang tak ambik gambar.. :(
Sebelum balik guesthouse, kami singgah makan oden n toppoki dekat
kedai ahjuma ni lagi. Lepas hajat, takut kempunan balik Malaysia tak jumpa dah.
Siap packing barang semua, dalam pukul 7 pm gitu, kami gerak
ke airport naik bas. Flight pukul 12 malam n dijangka sampai Klia pukul 6 am
waktu Malaysia .
Seoul ..annyeong…hope
lain kali boleh jumpa lagi…
dongbang = roti taik???...
toppoki
oden ahjuma yang sedappp...
cenderahati bwk balik Msia...comelnya sukkie ku...
No comments:
Post a Comment