Kenapa Mekjah suka drama Korean

Drama Korea ni kalau perhatikan lebih kurang sama jer pun jalan cerita dia. Paling famous cerita pasal kawin paksa, perempuan menyamar jadi lelaki, hero heroin mula2 jumpa tak suka, tapi lepas tu suka sampai tak boleh berpisah. Hero pulak mesti orang kaya, hensom, tapi berlagak. Ada pulak hero no 2 yang sangat budiman, baik, sempurna tapi setiap kali pun kene reject dengan heroin. Harus jugak muncul lepas tu perempuan gedik yang nak kat hero sampai si heroin tadi jeles.

Tapi ajaibnya walau macam mane banyak pun persamaan dalam setiap cerita tapi drama korea tetap banyak peminat termasuklah saya. Kenapa agaknya erk?...

  1. Pelakon diorang selalunya kacak2x dan cantik2x, jadinya sedaplah mata memandang. Bakat memang penting tapi rupa pun tak kurang pentingnya.

  1. Diorang jarang ulang muka yang sama jer berlakon. Selalunya dalam setahun seorang pelakon tu akan berlakon paling banyak pun 2 drama jer. xdelah jemu nak tengok muka dia je.

  1. Suka tengok lakonan diorang. Kalau time lawak tu, berguling2 boleh gelak, kalau time sedih lak bergelen2x airmata boleh kuar. Penuh feel. Tak payah nak over sangat, sikit jer xpresi dah boleh buat orang sedih or gelak.

  1. Selalunya pengarah suka pilih tempat2x cantik untuk drama diorang. Barulah orang tengok kagum, dapat pulak lagi promosi negara diorang. Contohnya Pulau Nami yang famous sebab Winter Sonata, Buckhon Hanok Village sebab drama Personal Taste, and banyak lagilah.

  1. Suka tengok commitment diorang waktu nak siapkan sesuatu drama. Kalau setakat tak tidur, x rehat, masuk hospital sebab over exhausted memang dah biasa dengar. Semangat yang bagus kalau retis kita nak tiru, barulah bagus, ni tak, nak tiru tang skirt pendek jerr…bukanlah kata masuk spital tu bagus tapi semangat kerja tu yang kena kita contohi.

  1. Ost drama selalunya diorang akan buat bersungguh2x, xdelah kata main tangkap muat je lagu mane2x artis. Sebab tulah kalau tengok, kebanyakkan ost drama diorang memang best2x…siap boleh buat album lak lagi jual. 

  1. Saya ni suka tengok scene belakang tabir, selalunya saya tengok diorang ni sangat hormat sesame sendiri. Selalu tunduk hormat n say thank u, xkiralah dekat pengarah ker, pelakon ker, juru kamera ker, atau crew2x lain. Retis kita pun macam ni kot, saya jer x tau….

  1. Retis Korea ni kurang gosip2x buruk. Kalau baca news asik2x cite pasal diorang update tweeter, selca pic sendiri, pergi konsert member retis lain…xde la asik gossip merepek or gaduh2x sesame sendiri.
Pape pun ini cuma pendapat saya sendiri jer...xsemestinya orang lain setuju, betul tak?...



No comments:

Post a Comment