Status fb yang macam hape...

Baru-baru ni mekjah terbaca satu status fb sorang budak ni. Umur baru 16 tahun, sebaya adik bongsu mekjah. Lebuh kurang macam ni la ayat dia…

“kalau saya merajuk apa yang awak akan buat dekat saya ______.” (sambil taq pakwe dia)

  1. pujuk
  2. cium
  3. tampar
  4. peluk
  5. belai

Ramai la kawan2x dia yang duk komen dekat status tu. Yang pompuan duk nak tampar, yang laki pulak nak tolong peluk la..nak cium laa…ayat2x yang dia komen balik ala2x bangga la konon ramai jejans respons dekat status dia yang getik tu….sambil tu dia duk ingatkan jejans ni tadi ‘saya dah berpunya tau’…

Lepas tu tengok ada pakwe dia komen…

Pakwe : saya pilih e
Awek  : hehehe…. J
Pakwe : boleh ker…
Awek  : alaa…bukan selalu pun..
Pakwe : yeker bukan selalu…
Awek  : hehehe…. J

Agak2x apa yang orang lain akan fikir bila tengok perbualan macam ni??... Baru 16 tahun kot dah pandai nak cite pasal membelai-belai. Terang-terangan pulak tu.

Tak marah ker family dia tengok benda macam ni. Mak bapak yang tak ada fb tu mungkinlah tak tau tapi abang2x kakak2x dalam tu takkan tak terbaca. Mungkin jugak diorang dah nasihat tapi si budak ni degil sangat taknak dengar. Banyak lagi status2x fb dia yang lepas2x tu duk berjiwang karat, merindu2x, merayu2x pakwe dia ni tadi. Baca pun gelimat.

Kalau adik mekjah yang buat cenggini memang kena pelengkong la kepala jawabnya. Bukan tak boleh bercinta langsung. Budak2x remaja tengah nak meningkat naik ni kita pun paham. Tapi macam mana pun haruslah ada perasaan MALU. Ini post status macam ni tanpa sikit pun perasaan malu atau takut family tau apa cite.

Mekjah memang tak sporting langsung benda2x cenggini. Sebab pada mekjah sebagai orang yang lebih tua kita kena pantau adik2x kita ni. Bukan nak menggongkong tapi nak menjaga. Kalau banding dengan mak ayah, adik2x kat rumah tu lagi takut dengan mekjah kot (garang u I ni). Tapi marah bukan sebab kita benci. Marah sebab kita sayang adik-adik kita. Taknak diorang terpesong ke landasan yang salah (cewahh…macam baik sangat hihi…). Tapi tu la hakikatnya.

Andai kita dah buat yang sehabis baik jaga adik2x tersayang kita ni…tapi terjadi jugak benda2x yang tak diingini nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya jangan kita pulak yang menyesal di kemudian hari.


Nasihat mekjah dekat adik2x remaja kita ni, sayangi diri kita sebelum kita menyayangi orang lain. 

Wassalam....

Wong Solo, Kampung Baru

Mekjah kan…sebenonyekan…dah lame mengidam nak makan dekat Wong Solo…ala restoran Indonesia yang famous amous tu… selalu dengar orang cerita restoran ni ayam penyet dia sedap.

Jadinya sehari sebelum puasa hari tu mekjah pun dengan gigihnya cari restoran ni. Maklumlah esok dah tak boleh makan siang, jadi hari ni kena lah puaskan nafsu makan yang membuak-buak ni hehehe…

Dari Wangsa Maju nak ke restoran ni dekat Kampung Baru, korang tau berapa lama nak sampai???.... sejam lebih kau…giler punye jem. Dengan panasnya lagi. Agaknya semua orang pun nak keluar makan puas-puas kot haritu, tu yang sesak habis jalan.
Sampai dekat Wong Solo, dah dekat pukul 4.00 pm.

Haritu mekjah order set nasi ayam penyet, belado petai dan jus alpokat. Serius sedappp…
Yang paling special dalam set nasi tu nak tau ape…dia punye tauhu goreng dengan tempe goreng. Diorang macam dah salut dengan rempah ratus dulu sebelum goreng. Tu yang rasa dia memang kaw2x sedap.

Kalau nak try bolehlah pergi. Tak nak pergi Kampung Baru punye branch boleh pergi cawangan Ampang, Bangi, Cheras, Kajang, Shah Alam. Tak rugi I tell u….   

Ok baiii….tq kerana sudi membaca…. J









D'Arab Cafe

Assalammualaikum dan selamat berpuasa…

Korangg…suka makan nasi arab tak??... mekjah sebelum ni nak kata suka sangat makanan ala middle east ni takde la, biasa2x jer… Cuma mekjah suka dia punya kebab dan salad jer… teringat satu restoran arab dekat Palm Spring dulu, salad dia sedap giler kot…

Kebetulan datang Shah Alam baru ni, adik mekjah ajak makan nasi arab dekat Seksyen 7. D’Arab CafĂ©. Sebelah Unisel. Kedai ni area food court yer…so kalau nak makan makanan lain selain nasi arab pun ada.


Hari tu kami try set lamb dan chicken. 1 dulang tu set untuk 3 orang punye makan. Ada siap sekali dengan sup, sambal dan air sirap. Kalau tak nak sirap boleh order air lain tapi kat kedai lain laa… 

Dia punye rasa memang sangat sedappp... Makan nasi je pun dah sedap. Ayam pun dia perap just nice  jer takde la rasa rempah yang kuat sangat sampai hilang rasa ayam tu. Kambing dia sedap koranggg...cuma dia punye portion sikit sangat, tak padan dengan nasi. Nak puas hati beli la lagi xtra kambing tu yer... 



set chicken grill rm30+

set lamb rm40+

jus durian belanda

Sesiapa yang rasa teringin nak try boleh la datang sini. Ni alamat dia mekjah ambik kat google.

Lot 3 Kompleks Anjung 7
Jalan Zikron B 7/B, Seksyen 7
40000 Shah Alam