Wong Solo, Kampung Baru

Mekjah kan…sebenonyekan…dah lame mengidam nak makan dekat Wong Solo…ala restoran Indonesia yang famous amous tu… selalu dengar orang cerita restoran ni ayam penyet dia sedap.

Jadinya sehari sebelum puasa hari tu mekjah pun dengan gigihnya cari restoran ni. Maklumlah esok dah tak boleh makan siang, jadi hari ni kena lah puaskan nafsu makan yang membuak-buak ni hehehe…

Dari Wangsa Maju nak ke restoran ni dekat Kampung Baru, korang tau berapa lama nak sampai???.... sejam lebih kau…giler punye jem. Dengan panasnya lagi. Agaknya semua orang pun nak keluar makan puas-puas kot haritu, tu yang sesak habis jalan.
Sampai dekat Wong Solo, dah dekat pukul 4.00 pm.

Haritu mekjah order set nasi ayam penyet, belado petai dan jus alpokat. Serius sedappp…
Yang paling special dalam set nasi tu nak tau ape…dia punye tauhu goreng dengan tempe goreng. Diorang macam dah salut dengan rempah ratus dulu sebelum goreng. Tu yang rasa dia memang kaw2x sedap.

Kalau nak try bolehlah pergi. Tak nak pergi Kampung Baru punye branch boleh pergi cawangan Ampang, Bangi, Cheras, Kajang, Shah Alam. Tak rugi I tell u….   

Ok baiii….tq kerana sudi membaca…. J









No comments:

Post a Comment