Ragam Rumah Sewa – Part 4

Assalammualaikum…

Bersambung lagi kisah rumah sewa mekjah ni hehehe….

Kali ni mekjah nak cerita kejadian yang lebih ngeri lagi… Time ni pun mekjah still duduk dengan adik gak lagi. Lepas kejadian syiling terbukak ritu, kami pindah rumah lain pulak. Apartment yang sama tapi blok lain. Duduk tingkat tiga, tak berani dah duduk atas lagi.

Kitorang duduk bertiga. Satu bilik lagi tu kitorang sewakan kat sorang kakak ni. Aman damai je kami sehinggalah pada suatu hari…..jeng..jeng…jenggg…. hehehe…suspend tak??....

Kejadian ni pun jadi time raya. Tapi raya puasa. Agak2xnya penjenayah dah habis duit buat belanja raya tu yang habis raya buat part time tu.

Sehari sebelum start keje, kami masing2x pn gerak nak balik kl. Sampai kl, mekjah dengan adik pergi beraya dulu kat umah makcik. Time kat umah makcik tu, kakak rumah tu tepon. Dia tanya kitorang kat mana sebab dia dah sampai rumah. Mekjah cakaplah kat rumah makcik, maybe petang baru balik. Dia  pun cakap dia nak pergi rumah adik dia dulu beraya. Kitorang pun ok2 je laa.

Dalam beberapa jam lepas tu kakak tu tepon sekali lagi. Dia nangis2x. Katanya dia baru kena rompak. Terkejutlah kitorang. Mekjah pun terus pergi jumpa kakak tu kat rumah adik dia dekat sungai buluh.

Katanya, lepas tepon kitorang tu dia naik rumah. Baru je letak barang2x…tetiba ada orang ketuk pintu. Dia pun bukaklah. Ada sorang budak lelaki tanya dia.

“akak…kete hitam kat bawah tu akak punye ker, boleh tolong alihkan tak, kitorang nak pasang khemah lah kat bawah”…

Kakak tu pun percaya je laa… Elok jer dia pusing belakang nak masuk ambik kunci kereta….papp!!...pisau rambo dekat batang leher dia dah. Budak laki tu ikut masuk dalam rumah. Dia ikat tangan kakak tu dengan kain, lepas tu di ikatnya pulak kain tu dekat tingkap (boleh imagine tak??..). Tak cukup lagi, dia ambik pulak tilam tutup badan kakak tu. Siap ugut nak di rogolnya kakak tu kalau menjerit. Bededah punye jantan!!!...

Kakak tu duk cakap kat dia, “kawan saya otw balik ni, diorang baru telefon saya tadi”. Nak bagi budak tu takut sikit. Dalam kejadian tak sampai 10 minit tu, habis hp, dompet, rantai emas, kereta, dia sapu. Dengan kunci rumah kitorang dia rembat sekali.

Nasib baik dia ikat kakak tu pakai kain jer, senang sikit nak bukak. Keluar rumah, kakak tu terus mintak tolong jiran depan rumah. Dalam kalut2x telefon adik dia, pergi buat laporan semua.

Memang sadis laa…siang2x hari pun boleh menyamun. Rumah2x bawah pun riuh-rendah je masa tu. Memang hati kering mereka2x yang buat kerja2x terkutuk ni. Padahal kitorang ni cukup berhati2x. Pintu, grill sentiasa berkunci walaupun ada orang kat rumah.

Kesian kakak tu, truma habis dia. Berhenti kerja terus balik kampung. Kitorang pun terus jadi tak berani nak duduk rumah tu lagi. Terus pindah…sekali lagi.



Ragam Rumah Sewa – Part 3

Assalammualaikum…

Sekali lagi kisah rumah sewa mekjah ni di sambung. Kisah ni ngeri tau… Terjadi pulak dekat rumah pertama yang mekjah sewa. Time ni mekjah duduk dengan adik lagi. Kami sewa apartment 5 tingkat. Rumah tu pulak tingkat yang atas sekali. Kiri-kanan rumah budak2x bujang. 

Satu hari tu, time raya haji kalau tak silap. Mekjah dengan adik plan nak balik awal pagi esoknya. Jadi malam tu tinggal kitorang berdua je lah kat rumah. Member lain dah balik awal. 

Malam tu pun macam biasa mekjah dengan adik duk tengok tv dekat ruang tamu. Agak2x dah tengah malam gitu, kami pun lepak2x dalam bilik. Dekat nak tidur tu, mekjah ke tandas dulu. Keluar jer dari tandas nak masuk bilik balik, mekjah terpandang syilling rumah terbukak. U know…kalau duduk rumah atas sekali…ada satu syilling yang boleh bukak sebab nak bagi laluan ke tangki air ke hape tah. 

Bayangkanlah betapa takutnya mekjah masa tu. Takkan benda tu boleh terbukak sendiri kot. Terus jerit panggil adik. Mula2x kitorang cuba berfikiran positif, mungkin angkara tikus kot. Tapi bila fikir balik, takkan c tikus yang kecik tu boleh angkat syiling…memang tak logik.

Apa yang kitorang buat masa tu, ambik pisau terus berkurung dalam bilik. Dua2x duk bersandar kat pintu stanby. Takut jangan cakaplah. Kalau dengar jer suara orang ke apa kat luar tu, memang terus nak tepon polis. Tak taulah ini betul2x or perasaan kitorang jer…kitorang dengar macam ada orang merangkak atas syilling. Giler…takut. Sampai ke pagi kitorang berjaga. Alhamdulillah nasib baik takde ape2x. 

Awal2x pagi dalam pukul 6 lebih, berlari kitorang kuar dari rumah tu gerak balik kampung. Mandi pun tidok hihi…

Cerita dekat ayah, kena marah pulak. Lain kali tepon polis terus katanya. Takkan nak tunggu orang masuk rumah baru nak tepon. Hati orang tua biasalah, risau. Anak dara pulak tu. 

Habis cuti, balik je kl, kami terus pindah rumah. Walaupun takde pun orang yang masuk dalam rumah tu. Barang2x pun takde yang hilang. Tapi still ngeri bila terpandangkan syiling yang terlopong tu. Siapa punye kerja and ape motif pun tak tau. 

Sampai sekarang mekjah memang fobia duduk rumah paling atas ni. Sesiapa yang duduk rumah atas extra careful la yer…semoga tak terjadi apa2x yang tak baik dekat kita semua. 


Ragam Rumah Sewa – Part 2

Sambung lagi kisah pasal rumah sewa mekjah ni. 

Mekjah kalau nak ambik orang duduk sekali, selalunya mekjah interview dulu. Cewahhh…macam nak mintak kerja pulak kan….hehehe…. Tapi itu perlu demi mengelakkan masalah di kemudian hari. Tanya dia sedikit sebanyak lepastu cakap…nanti kitorang akan call balik yer. Kalau orang yang datang tu ok, ambik…kalau tak ok, terpaksa menipu cakap ada kawan nak duduk sekali ataupun tak jadi nak sewa bilik tu kat orang. 

Pernah sekali budak yang datang tengok bilik tu perangai dia macam tomboy sikit2x. Dia kata urgent nak cari bilik sebab dia tak boleh balik rumah sewa dia sekarang sebab dah bergaduh dengan member2x. Mula2x nampak macam ok…nampaklah sopan santun sikit. Tetiba bila dia cerita pasal gaduh tu tak boleh blanya. Katanya rumah yang diorang duduk sekarang ni ramai sangat. Rumah 3 bilik tapi duduk sampai 5,6 orang. Campur pulak tu laki pompuan. Ada yang jadi abang angkat, adik angkat …lepastu bila dah bergaduh sampai main tumbuk2x. Dia siap tunjuk lagi calar2x kat tangan dia kena cakar time gaduh tu. Ganas beno… Mekjah dengar pun seram. Kang dengan Mekjah2x di tumbuknya…

Besoknya mekjah call budak tu cakap kat dia bilik tak jadi nak sewa sebab sepupu nak duduk sekali. Dia tak puas hati la pulak. Berkali2x gak dia call nak bilik tu. Tapi memang tobatlah mekjah nak bagi. Kang tak pasal2x ada geng2x lelaki dia bebas kuar masuk umah tu pulak. 

Agaknya dah jadi trend kot duduk campur2x ni. Mula2x cari rumah dulu pun ada rumah yang memang duduk style macam ni. Tapi mekjah idok lah…orang kampung…tak reti nak bergaul bebas genggitu. Mintak simpang benda2x gitu jadi kat diri dan keluarga mekjah…aminn…


Ragam Rumah Sewa – Part 1

Assalammualaikum…

Dalam hidup ni mesti kebanyakkan orang pernah ada experience duduk rumah sewakan??.. Tak kiralah time belajar dulu or time dah kerja. Disebabkan rumah sewa jugaklah kita dapat kenal macam2x ragam sebenar kawan2x kita tu. 

Dulu2x duduk umah sewa seronok jer sebab duduk dengan adik sendiri. Bila dia pindah Sarawak, ada kawan2x mekjah duduk sekali. Skang ni member2x bujang pun dah tak ramai terpaksalah mekjah duduk dengan sape2x jer yang nak menyewa. Serius tak best huhuhu….

Mekjah ni setakat hari ni, dah banyak kenal orang melalui umah sewa ni. Macam2x perangai orang mekjah pernah jumpa. 

Pernah dulu sekali time tu mekjah duduk dengan member, tapi sebab nak save budget, kami sewa satu bilik lagi dekat orang lain. Lepas tu adalah sorang budak ni duk menyewa. Nama dia tutttt…mane boleh bagi tau kang kena saman pulok..hihi..

Budak ni katanya kejer kat Ampang tapi dia duk menyewa ngan kitorang kat Kepong. Bapaklah jauh… tapi dia ni yang peliknya jarang ada kat rumah. Kalau malam2x balik kejer tu, jarang sekali nampak batang hidung dia, tapi bila siang, time takde orang kat rumah reti pulak dia balik. Yang tau dia balik tu sebab nampak kesan2x tinggalan dia, contoh baju dia sidai ker…cawan dia dalam sinki ker…gitulah. 

Kadang2x tu berhari2x dia tak balik rumah, tido kat mane pun tak tau. Tapi lantaklahkan tu hal dia, kitorang memang tak ambik kisah pun. Janji sewa dia bayar cukuplah. 

Sekali tu nak dijadikan cerita, member mekjah sorang ni nak pindah. Jadinya bapak dia dari kampung pun datanglah nak mengangkut barang2x anaknya tu. Waktu tu siang, time orang kerja. Member mekjah ni masuklah rumah dengan bapak dia, sekali ada budak laki kau…terkejutlah member tu…bapak dia apatah lagi. Tak pasal2x bapak dia bising. Yelaa…orang tua kan…mestilah risau. Padahal kitorang ni tak tau pape pun. Mekjah pun jadi malu dengan bapak member tu, takut dia ingat kitorang ni social sangat pulak. 

Budak umah mekjah tu, bila dah kantoi, terus kuar dari rumah tu dengan kawan laki dia tadi. Nampaklah muka dia berubah…tergagap2x cakap kat member mekjah tu, budak laki tu kawan dia jer katanya. Tapi takde hati nak mintak maaf ker hape…macam tak bersalah jer. Padalah time mula2x nak masuk dulu mekjah dah kata, dilarang keras bawak laki masuk rumah. Tak taulah kalau budak laki tu sebenarnya memang datang ada hal ke hape, tapi bagilah tau kat orang supaya dapat mengelakkan salah sangka. Dah la awak duduk berdua2an, pintu, grill semua berkunci pulak tu. 

Tak lama lepas kejadian tu, budak tu terus pindah. Tak tau la dia segan ke hape kan. Eloklah, mekjah pun tak berapa berkenan duduk dengan dia. 

Okey…habis sudah cerita rumah sewa. Tapi part 1 la…part lain banyak lagi hehehe… Tetiba rajin nak buat karangan. Habis semua kenangan2x lama teringat balik. Walaupun tak tau ada orang sudi baca ke tak post ni…tapi tak kira…nak tulis jugak…yang lain belakang kira…hehehe

Sekian, wassalam

Resepi Sambal Hitam

Assalamualaikum…

Pernah dengar sambal hitam tak?... Orang pahang memang dah familiar sangat dengan sambal ni. Sekarang ni pun sambal ni dah fofuler, ramai orang suka. Kat fb ni mekjah tengok kemain laris orang menjual. Nak membuatnya mudah jer, bahan pun tak banyak. Soo…mekjah nak kongsi resepi ni kat sini. Sape-sape berminat bolehlah cuba. 

Bahan-bahan: 

Belimbing buluh
Garam 
Cili api 
Bawang merah
Ikan Bilis 
Minyak masak 

Cara-cara: 

Belimbing buluh tu ouls kasi rebus, tapi jangan letak air…sebab nanti belimbing tu akan berair sendiri. Letak garam sekali. Biar je atas api sampai kering. Nanti belimbing tu akan bertukar jadi warna hitam. Lagi kering belimbing tu lagi dia tahan lama. Berbulan-bulan boleh simpan. 

masak atas api perlahan camni

Nanti hasil dia akan jadi macam ni. 

selepas berjam2x..

So..ambik sikit setakat mana nak guna, yang lebihnya tu bolehlah simpan buat pusaka. 

Step seterusnya, tumbuk belimbing tadi bersama cili, bawang merah dan ikan bilis sekali. Garam tak payah masuk dah sebab belimbing tadi pun dah masin sebab kita rebus dah siap campur dengan garam. Kalau tengok kat sini, mekjah pun takde cakap berapa banyak bahan2x yang uols nak kena guna. Sebabnya semua pun pakai agak2x n ikut cita rasa uols sendiri. Kalau suka masam, letaklah belimbing lebih. Kalau nak pedas letaklah cili lebih. Gitulah kaedahnya. 

Dah siap prosess tumbuk menumbuk semua, bolehlah bahan2x tadi ditumis. 

Racik sedikit bawang merah untuk menumis. Kemudian campur semua bahan2x tumbuk tadi. Masak atas api perlahan sampai kering. Time ni menderitalah duk terbersin berkali2x. 

Okey…settled. Mudah tak…hehehe….

siap...tp pic x clear..

kawan2x opis order ritu...

Sampal ni makan dengan nasi panas2x…pehhh…memang terangkat. Mekjah lemau kalau jumpa sambal ni, makan nasi berkali-kali menambah, tak boleh nak tahan2x…tu yang tak pernah menjadi nak berdiet tu…huhuhu…

Okeylah…tq membaca n selamat mencuba. 

Bila Orang Saja Cari Pasal

Assalamualaikumm...

Nak dengar cerita tak??... Dua hari lepas, mekjah ada share link satu kerja kosong dekat fb mekjah. Keje gomen laa...nak suh adik tengok kot2x dia beminat nak cuba nasib. Tup2x ada satu mangkuk hayun boleh pulak bikin isu panas. Nak kaitkan isu cari kerja dengan isu politik. Sengaja nak cari pasal kot. Mula tu mekjah malas nak layan pun, tapi reply la gak komen dia. Mekjah cakap kat dia rezeki tu Allah bagi tak payah nak sibuk sangat la negeri pembangkang ke kerajaan. Dengan harapan dia paham la kan...pilihanraya pun dah berzaman habis, tak payah la nak berpolitik sangat. Rupanya tak puas hati sangat dia, tak habis2x bakar line.

Dari cuba bersabar, panas hati gaklah mekjah jadinya. Ada ke katanya mekjah suka maki orang. Helloo!!...siapa yang penah mekjah maki...ce cite sikit. Kalau nak cite zaman sekolah, memang jahatlah mekjah ni, tapi takde la sampai nak maki orang sini sana. Tu pun kisah zaman muda2x kot...hidung pun berhingus lagi. Nak kata mekjah maki dia lagilah pelik, tegur pun tak penah. Kami ni satu sekolah dari tadika lagi, rumah pun berjiran jer tapi mekjah tak penah baik pun dengan dia. Mengomen kat fb dia pun tak penah, jumpa kat luar tak pernah tegur. Setakat hai2x bye2x adalah.. So..tak payah lah cakap macam dia kenal sangat mekjah ni. 

Yang buat mekjah makin panas tu bila dia duk gelarkan mekjah ni ‘anak pak kasim’. I ada nama okeyyy...tak payah nak rude sangat panggil nama bapak sekali. Mekjah cakap kat dia yang mekjah takkan sebut nama bapak dia sebab mekjah still hormat orang tua. Tapi dia still duk ulang2x gak. Ooo...giler menguji kesabaran betul. Dalam tak sedar mekjah panggil dia hanjing...haa...hambik kau...nak sangat kena makikan!!!.... 

Ape lagi dah dapat gelaran terhormat tu bertambah hanginlah dia...dia duk gelar mekjah kurang ajar n pompuan ting tong lak. Mekjah balas balik, dia yang kurang ajar. Dia cakap mekjah sialan, mekjah cakap la dia pun sialan. Dia balas balik cakap mekjah pompuan dot dot dot, mekjah pun cakap la dia jantan dot dot dot. Hahaha...lucukan. Macam budak sekolah rendah bergaduh. Last2x dia remove mekjah dari friend list dia. Ada aku kesaahhh...dulu pun bukannye mekjah yang add dia pun. 

Yang sadisnya budak ni adalah LELAKI!!...diulang lelaki, bukan pompuan ataupun pondan... Pelikkan ada laki perangai camtu. 

Dan ini pun bukan kejadian pertama, dah banyak kali dia duk cari pasal ngan mekjah dalam fb. Bermula masa zaman hangat time pilihanraya dulu. Taulah dia fanatik sangat dengan parti xxxx tu. Tapi tak perlulah nak kondem orang sana sini macam awak tu betol sangat. Yesss...mungkin dia betol tapi adakah orang lain tu salah???... Dia pandai dia tau segala...abih orang lain ni bodoh sangat ker???...apa yang kita tau tak semestinya orang lain tak tau...kalau kita rasa kita pandai, banyak lagi orang yang pandai dari kita. Tak payahlah nak mendongak ke langit sangat. Belajar2x la merendah diri sikit.  Prihatin beno dia dengan post2x mekjah. Mekjah ni fb dia pun mekjah tak pernah belek..komen like lagi la tak pernah. Tak teringin pun. Tapi dengan mekjah gak dia nak cari pasal.  Ramai kot budak2x laki time sekolah dulu yang duk gemar cite isu politik kat fb. Duk berdebat bagai. Takde pulak dia nak sound. Takkanlah dia berani cari gaduh dengan pompuan je kot???...

Mekjah ni bukan penyokong fanatik mana-mana parti politik pun, jauh sekali nak masuk ahli bagai. Pada mekjah, yang baik kita sokong, yang buruk pandai-pandailah kita nilai sendiri. Tak penah pun mekjah duk kondem orang sebab politik ataupun melibatkan apa2x yang orang tu suka. Itu hak dia, kita kena hormat. Semua orang ada pandangan sendiri. Siapalah kita nak membetulkan orang. Kita sendiri pun belum tentu betul. Itu pun susah sangat ke nak paham. Lainlah kalau adik-beradik sendiri. Adik2x mekjah pun tension kalau dengar mekjah bebel. Dua jam belum tentu cukup. 

Mula2x ingat nak tepek sekali print screen apa yang mekjah gaduh ngan dia tu kat sini. Tapi bila fikir2x balik, malaslah nak membesarkan perkara. Dia pun tak jadi friend dalam fb dah. Kat luar lagi la tak friendnya. Mekjah pun maafkan je la dia walaupun mekjah tau dia dengan sengaja nak menyakitkan hati mekjah. Mungkin dia ada masalah kot, tu yang jadi gitu tu. Mula2x memang sakit hati tapi lepas tu duk gelak2x tunjuk kat member2x opis pergaduhan ala2x kanak2x ribena ni. 

Okeylah...sekian luahan hati mekjah. Wassalam...


Kuching, Sarawak 2009 - Day 3

Okey...dah sampai hari ketiga dah. Hari terakhir mekjah n the geng kat Sarawak ni. Jadinya pagi ni kami mulakan dengan menjelajah ke pasar satok. Kat pasar ni pun macam2x ada. Paling banyak ikan terubuk masin. Kalau beli diorang siap bungkuskan, boleh terus masuk kargo jer. Keychain pun lebih cantik dari yang kat Serikin semalam. Kek lapis pun banyak. Tapi makcik2x je la yang jual bukanlah famous macam Dayang Salhah punya brand. Rasa pun tak sure sedap ke tak.

bukti kami berada di bandar kuching hehehe...

ikan terubuk masin

pilih2x cenderamata

view pasar dari atas


Kampung Budaya Sarawak

Disebabkan semalam plan tak jadi, hari ni barulah kami teruskan balik rancangan nak ke Kampung Budaya ni. Entrance fee rm60, bapak mahal!!... Tapi kalau warga tempatan, atau uol kerja kat bumi kenyalang ni dapatlah harga special rm25. Jauh giler beza harga dia.

Dalam perkampungan ni ada rumah2x untuk kita lawati. Rumah melayu, rumah cina, rumah bidayuh, rumah iban, rumah orang ulu dan rumah orang penan. Rumah2x dia bukan setakat replika yang kecik2x tu tapi ikut saiz rumah sebenar yang besar2x gabak semuanya. Dalam setiap rumah2x ni ada pekerja yang jaga. Ada yang menenun, ada yang buat kuih-muih tradisional. Kalau nak try baju2x tradisional pun boleh. Bayar jer rm10.


sumpit jangan tak sumpit







rumah orang ulu

rumah melanau



Diorang jugak ada buat persembahan kebudayaan dalam ni. Pastikan uol alert dengan waktu shownya. Nanti terlepas rugi pulak sebab kalau tak salah sehari cuma ada dua kali jer. Show dia agak lama jugaklah. Ada banyak tarian dari macam2x kaum. Ada lagi persembahan menyumpit. Ending show dia jemput sapa2x berminat join diorang menari atas pentas. Apa lagi mekjah dan budak2x ni dengan segera naik atas pentas...hihihi...gedik kan!!... 


ewah2x...



Jong Crocodile

Jong Crocodile ni taman buayalah kiranya. Bayaran masuk rm16, untuk warga tempatan rm10. Masuk sini terkejut beruk mekjah menengokkan betapa banyaknya buaya yang diorang bela. Dalam satu kolam tu entah berapa ratus buaya ada agaknya, banyak betul. Gemuks pulak tu. Belum campur baby2x buaya yang lagi berlambak diorang letak dalam kolam2x khas. Berapa banyaklah kos mentekedarah buaya2x ni sehari agaknye..

Dalam ni jugak ada show tau, tak silap pukul 3.00 pm. Show tu bukanlah bermaksud buaya2x sekelian ni menari2x tapi show diorang bagi makan buaya. Ngeri nengok buaya2x ni duk menyambar2x makanan. Baru mekjah tau buaya pun boleh berdiri dalam air rupanya...eeiii...

Yang paling mekjah ngeri, ada satu kawasan diorang letak buaya, ada pulak titi kayu atas tu untuk kita lalu. Kiranya kita boleh nampaklah buaya2x kat bawah kaki kita. Titi tu rendah pulak tu, lebih kurang paras paha jer... buatnya buaya2x tu menganas naik atas titi tu...ee..tak dapat nak bayangkan.

Selain buaya, dalam ni jugak ada kolam besar untuk tengok ikan naga. Tak tau orang lain panggil apa tapi yang mekjah tau ikan ni nama dia ikan naga. Yang besar gabak tu. Ada jugak en.bear, ayam, merak, adalah lagi beberapa binatang kecik yang comel2x.




scary tak??...

Flight balik kami malam ni pukul 9.00 pm. Disebabkan ada masa lagi, sempat kami pergi naik bot seberang sungai sekejap. Takde apa pun sebenarnya saja nak merasa hehehe...

feri nak ke seberang sungai

airport Kuching

Nak jadi cerita sadis, flight kami malam tu boleh pulak delay. Bukan sejam, bukan dua jam...tapi 6 jam!!!!..giler!!!... pukul 9 sepatutnya terbang tapi pukul 3 pagi baru dapat berlepas. Orang tunggu macam nak pengsan dekat balai perlepasan tu, seteguk air pun tak dibaginya isk3x...Airasia..Airasia. Sampai KL dah pukul 5 pagi. Pagi pukul 9.00 nak kena keja lak...memang terkejar2x dari airport tu nak balik rumah.

Yang pastinya pengalaman first time gi Sarawak ni mekjah gumbira dan puas hati hehehe...
Okey...bye2x...

Kuching, Sarawak 2009 - Day 2

Muzium Sarawak

Di hari kedua ni, perancangan kami seawal pagi nak pergi ke Muzium Sarawak. Kalau melancong ke sesuatu tempat, haruslah kita ke muzium, barulah tau serba sedikit sejarah dia. Kalau tak salah, entrance fee foc. Awas yer...tak boleh ambik gambar tau dalam muzium ni...mata2x banyak dok perati. Ape yer reason diorang tak bagi ambik gambar???... Ada satu rumah dalam ni, dia buat ala2x rumah lama, dalam tu siap ada tengkorak betul lagi dok bergantung2x. Rugi tak dapat nak snap pic. Yang ada pun gambar kat luar muzium je laa...





jangan muntah yer tengok mekjah posing hihihi...



Serikin

Pasar serikin ni jarak dia jauh jugak dari bandar Kuching sebab terletak betul2x dekat sempadan Kalimantan. Waktu bukak pun sabtu n ahad jer. Kalau nak cari barang murah2x sinilah tempatnya. Dari cenderahati, baju, makanan, tikar Sarawak, telekung, pendek kata macam2xlah ada. Sejujurnyalah pusing2x kat pasar ni satu hape pun tak berkenan. Baju, beg semua not my taste...cehh..berlagak mekjah...hehehe. Tapi serius tak de apa menarik sangat kat cini. Kalau setakat nak beli keychain, fridge magnet, bolehlah...still murah berbanding harga kat Kuching.

Kena pulak tak lama lepas sampai pasar ni, hari pun hujan. Lagi lah tak dapat nak jalan sangat. Pusing lebih kurang jer, kami pun gerak balik. 


Ikutkan plan, balik dari Serikin kami terus ke Kampung Budaya. Sekali sampai je dah nak dekat pukul 5 petang. Nak tutup dah pun. Nasib baik budak kaunter tu baik bagi kami masuk free sekejap. Esoklah datang balik nampaknya. 




Frust tak dapat masuk kampung budaya tadi, kami pun menyinggahlah pulak dekat tepi pantai. Apa nama pantai tu mekjah pun dah lupa. Viewnya cantik...nampak gunung santubung.



Malam tu adik mekjah bawak kami rasa satu kuih tradisional Sarawak. Nama kuih mekjah dah lupa. Tapi kuih tu lembik2x macam buat dari tepung jagung lepas tu golek2x dalam sagu, cicah pulak dalam sambal yang ala2x sambal belacan. Pelikkan...rasanya pun pelik.

inilah rupa kuih tu...

Kuching, Sarawak 2009 - Day 1

Assalammualaikum... hari ni mekjah tengok2x gambar lama, ternampak pulak gambar waktu first time pergi kuching dulu. Dan tetiba jugak mekjah rasa bersemangat nak update buku karangan yang tak berapa nak meriah ni. Walaupun banyak dah cerita yang mekjah lupa pasal trip ni tapi mekjah cuba jugaklah.

Trip ni asalnya adik kedua mekjah yang duk kat Sarawak tu yang plan. Dia yang tolong bookingkan tiket kami semua. Itinerary pun dia yang rancang. Pergi pun tak ramai, mekjah, adik mekjah yati, dengan sepupu sorang.

Kalau tak salah, flight kami awal pagi dalam pukul 7.00 am camtu. Jadinya seawal pukul 3.30 am kami dah gerak dari rumah. Pakcik mekjah yang tolong hantarkan. Agak berdebar jugaklah masa ni, first time nak terbang sendiri2x, selalu naik flight opis yang bawak. Segala urusan check in ke hape semua travel agent yang handle. Tapi Alhamdulillahlah semuanya ok...dalam pukul 9.00 am camtu kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Annah Rais Longhouse

Destinasi pertama kami hari ni ke Annah Rais Longhouse. Entrance fee tak ingat dah berapa tapi tak sampai rm10 rasanya. Demi menjimatkan masa, takdenya kami nak balik rumah rest dulu, lepas singgah breakfast makan roti canai, terus kami bergerak ke rumah panjang ni...hehehe..semangat tak...

Rumah panjang ni kalau nak tau masih lagi ada orang duduk. Jadinya kita kenalah sopan santun sikit kalau masuk sini. jangan buat bising sangat. Nak ambik gambar dengan orang2x dia pun mintaklah izin dulu, jangan suka2x ambik jer... Mula2x adik cakap camtu mekjah cuak gaklah...maklumlah kalau kita orang semenanjung, selalu cerita yang kita dengar pasal orang2x Sabah Sarawak ni yang tak berapa sedap di dengar jer...paling famous kisah pasal orang yang cari pasal dengan diorang kena sumpah sampai nampak kemaluan kat dahi... eeii...seram. Tapi bila dah kenal diorang ni, sejujurnya mekjah sangat suka orang2x dia. Diorang kebanyakannya peramah dan baik2x...jauh beza dengan cerita2x orang sebelum ni. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Macam adik mekjah sendiri, mula2x dia datang Sarawak dulu, mak ayah mekjah risau sangat. Dahlah dia sorang2x kat sana, saudara-mara pun tak ada. Alhamdulillahlah dia jumpa family angkat yang sangat baik kat sana. Ada orang boleh jaga dia mak ayah pun takdelah risau sangat. Last2x dia pulak yang jadi orang sana...takde hati nak pindah semenanjung dah erkkk ziehan!!...

Okey..berbalik kepada cerita rumah panjang kita ni tadi, kedatangan kami disambut oleh seorang makcik yang siap berpakaian tradisional. Dia akan hidangkan rice wine untuk tetamu. Tapi kalau dah namanya Islam tu janganlah gatai2x nak minum lak. Diorang ni adalah orang2x yang berbangsa Bidayuh. Aktiviti utama diorang rasanya menanam padi dengan lada hitam kalau tak salah. Sebab masuk2x je rumah ni kita boleh nampak sederetan padi dengan lada hitam yang tengah dijemur. Nak tido kat rumah ni pun boleh, diorang ada sediakan pakej homestay. Tak lama sangat pun kami kat sini, habis pusing sekitar rumah panjang ni terus kami bergerak balik. Kena jimat masa, banyak lagi tempat nak pergi ni.

ni mesin perah tebu kot rasanya...





dengan padi pun nak posing ker...


piweeettt...tiga aweks poyoss...

Semenggoh Wildlife Center

Seterusnya kami ke tempat pemuliharaan orang hutan Semenggoh. Nak tengok orang hutan meh datang sini. Waktu kami sampai ni, orang tak ramai pun. Pelik jugak mula tu, selalunya tempat2x macam ni ala2x tumpuan pelancong. Rupanya dia ada time daa...pukul 2 @ 3 pm camtulah baru kita boleh masuk tengok pekerja2x dia bagi makan dekat orang utan ni. Disebabkan kami sampai terlampau awal, kami pun pusing2x la dulu dalam kawasan ni. Sempat lagi lepak2x sampai nak tertidur.

Okeyy...now...masanya sudah sampai. Masa untuk bagi orang utan makan. Kita kena ikut pekerja dia masuk dalam kawasan hutan dulu. Diorang ada sediakan pelantar untuk letak makanan. Lepas tu nanti pekerja dia akan melaung2x panggil geng2x orang utan ni datang makan. Dia siap pesan suruh pelancong semua berhati2x sebab orang utan tu akan datang dari arah mana pun kita tak tahu. Silap2x lalu atas kepala kita jer. Dengar pun excitedkan... sekali tu, laung punya laung...takde pun orang utan datang. Nak habis suara dah orang tu panggil. Last2x keluar dengan kekecewaan kami. 









Rezeki kami agaknya haritu...keluar dari kawasan beri makan tu, tengok ramai orang kerumun dekat satu pokok ni, kami pun joinlah sekali, rupanya ada orang utan kat situ tengah bersenang2x. Dua ekor lagi. Dapatlah ambik gambo depa.

kat sini rupanya diorang bersantai

Balik tu sempat lagi kami singgah Dewan Suarah tengok permandangan sekitar bandar Kuching. Syok lepak kat atas menara ni..angin kuat giler...nyaman jerr...

Malam tu makan nasi ayam penyet dekat Barok n lepak2x cuci mata depan waterfront.



p/s: perasan tak tetibe mekjah tukar kata ganti nama...cam best lak guna mekjah hehehe...