Restoran ni letaknya di Gangnam Seoul, Korea. Kalau nak makan tanpa was2x bolehlah datang ke restoran ni, sebab dia menyediakan hidangan vegetarian sahaja. Senanglah sikit kita2x yang muslim ni nak makan. Yang bestnya lagi sebab diorang buat buffet style. Boleh makan sepuas2x hati. Bayaran pun berbaloi.
Lunch 15,000 (Rm45)won start dari pukul 12.00 pm – 3.00 pm
Dinner 17,000 (Rm51) won start dari 6.00 pm - 9.00 pm
Kira murahlah harga ni. Kalau restoran lain 15,000 won tu dapat satu hidangan jer.
Masakan yang paling sedap rasanya glass noodle dengan nasi goreng dia. Tak lupa jugak cendawan dia. Goreng ala-ala celup tepung lepas tu salut dengan sos masam2x manis. Sedap giler tu... Lagi satu air dia, plum tea...pun sedap. Rasa sangat kaw2x...terasa masam plum tu.
Lee JongWoo dengan EunJung pun pernah datang restaurant ni buat pengambaran We Got Married tau...
Macammana nak pergi sana??...ikut macam kat bawah ni...
Direction: Sinnohyeon Station (line 9) exit 5
Jalan straight sampai jumpa bangunan CGV. Belakang bangunan ni dah boleh nampak dah restaurant ni.
Selamat pergi dan selamat mengenyangkan diri yer...
salad |
plum tea |
glass noodle |
aneka kimchi |
nasi goreng |
nampak macam daging betulkan... |
roti, kopi pun ada |
No comments:
Post a Comment