Seoul - Day 3 (14 Jan 2012)

Changdeokgung Palace

Hari ni ikut itinerary, kami nak melawat palace dan kawasan yang sewaktu dengannya. Tempat pertama persinggahan Changgyeonggung. Dari guesthouse kami berjalan-jalan itik ke sini, 10 minit gak lah. Tapi sebenarnya tak masuk pun. Just ambik gambar depan pintu masuk jer coz destinasi sebenarnya nak ke Changdeokgung. Dari Changgyeonggung kami jalan lagi lebih kurang 15 minit. Kalau kat Malaysia dah berpeluh sakat dah tapi disebabkan kat sini sejuk, peluh pun segan nak keluar.

Changgyeonggung view dari luar

sejarah Changgyeonggung..sila baca jika rajin

Tiket masuk ke istana ni 3000 won tapi kalau pergi dalam group 10 orang ke atas, boleh dapat diskaun. Nak jadi cerita, boleh pulak satu tiket kitorang hilang. Beli 10 keping tapi 1 keping terbang tak tau kemana. Nasib baik ahjushi tu bagi masuk. Kawasan dalam istana ni memang sangatlah cantik. Bangunan2 terukir cantik, pokok2 besar pun cantik. Memang nampak terjagalah dalam ni, bersih jer.

pintu masuk Changdeokgung Palace


senyum minah ni bila saya kata dia yeppo...:)

dalam kawasan istana

Dari dalam istana ni kita boleh masuk ke Secret Garden. Tempat raja2 dulu berehat. Bayaran masuk 5000 won. Tapi tempat ni tak boleh masuk sesuka hati, mesti kena ada guide and waktu2 tertentu jer dalam sehari. Tour dalam ni ambik masa lebih kurang 2 jam, jalan lak berbukit2. Kitorang tak masuk pun, tak larat lah nak kerah tenaga lebih2.

bersama ahjushi yg mesra terlebehh...belakang tu laluan ke Secret Garden.

Habis pusing2 dalam Changdeokgung ni, kami ke Gyeongbokgung. Istana yang dibina pada tahun 1394 oleh King Taejo iaitu pengasas Dinasti Joseon. Dulu istana ni hampir musnah angkara tentera Jepun masa perang tapi sekarang dah comel balik lepas dibaiki. Banyak sejarah istana ni, kalau nak tau lagi tanpalah pakcik google yang glamour.

Waktu sampai istana ni, upacara changing guard kat Gwanghamun Gate ni baru start. Syoklah tengok diorang berkawat, bergendang2 semua, maklumlah kat Malaysia tak ada. Kalau ada kan bagus, dah sah2 ramai pelancong nak datang tengok. Nanti bila guard2 ni dah abis berkawat kita boleh ambik gambar dengan diorang . Mula2 cuak gaklah nak dekat sebab tengok muka semua serius jer, dah tu pegang tombak lak tu. Tapi kalau tak ambik rugi oo.. Sebelah istana ni ada National Palace Museum tapi kami tak masuk pun coz bergegas nak ke Buckhon pulak.

Gwanghamun Gate

upacara changing guard

salah seorang askar

Buckhon Hanok Village

Sebelum start cari 8 photospot yang ada kat buckhon ni, kami isi perut kat Family Mart dulu. Lunch makan nasi + tuna magic + roti + meggi, apa2 yang senang untuk dimakanlah yang penting kenyang. Perut kenyang baru senang hati nak berjalan. Lepas ambik peta buckhon dan jalan kaki lebih kurang 10 minit, akhirnya kami jumpa photospot yang pertama. View mengadap istana. Fuhh..ada 7 lagi ni..macam tak larat je nak jalan dah. Last2 kami naik bas nak ke photospot yang seterusnya. Jalan kat area buckhon ni dahlah memang sempit + berbukit-bukit, ahjushi ni lak rock je bawak bas laju2. Ngeri je bila turun bukit.

wajib cari tau photospot ni kalau pergi Buckhon

Dengan pertolongan halmuni yang baik hati, sampailah kami ke photospot seterusnya ni. Sape2 yang tengok drama Personal Taste yang Lee Minho berlakon tu mesti tau kawasan perumahan ni hehe.. kalau nak masuk tengok view dalam pun boleh tapi mahal tu 10,000 won..xkose la, intai2 dari luar cukuplah. Rumah2 kat area ni memang cantik2 dan tradisonal sangat. Tapi yang tak laratnya jalan kat sini, bukitnya mak oii..curam sangat. Letih nak jalan sampai atas. Itu pasallah orang Korea ni kurus2, banyak sangat exercise rupanya. Kebetulan masa kat sini nampak lak ramai student2 tengah main game ala2 xplorace, macam best jer. Ramah lak tu dok offer diri nak ambikkan gambar kami.

punyalah berbukit..macam mana lah dorang kuar masuk rumah hari2..

view rumah2 kat Buckhon

view salah satu photospot

Jalan punya jalan, sampai lagi ke photospot seterusnya, Choong Ang High School. Tempat pengambaran drama Winter Sonata masa diorang zaman sekolah2. Sebab dah pancit, ambik gambar kat area depan jer. Sebelum masuk tadi sempat singgah jap kedai ahjuma jual merchandise kat depan pintu masuk sekolah ni. Macam2 ada, lebih murah dari kedai uncle kat Time Squre tu. Siap dia hidangkan teh untuk kami + poskad Jang Keun Suk percuma. Berbangga jap bila boleh sembang dengan ahjuma tu dalam simple Korea yang saya tahu hikhikhik..

Choong Ang High School..banggunan dia,kalah U kat Malaysia.


kedai ahjuma yang macam2 ada

nyesal lak rasa tak beli payung ni haritu...

Dari 8 photospot, cuma 5 jer yang kami berjaya cari, kira okey la kan..

Trick eye museum – Hongdae

Dari buckhon, kami teruskan pulak perjalanan ke Hongdae. Dari dalam subway lagi memang ramai giler orang. Nak keluar pun susah, bertolak berhimpit semua. Hongdae ni memang happening habislah, kat tepi2 jalan nampak ada budak2 muda nyanyi2 wat show. Kalau ada Kang Mu Kyul kan best, dulu kat sinilah diorang buat pengambaran Marry Stayed Out All Night. Ikutkan nak pergi Ehwa dan Hongik University tapi sampai pun dah malam, cancel plan terus ke Trick eye museum jer. Bayaran masuk 13,000. Agak mahal tapi puas hatilah coz kat dalam ni memang best. Gambar2 3D dia memang terbaikkk… Sayangnya kami semua kepenatan yang amat sangat. Banyak gambar yang tak ambik, yang ada ambik pun muka 10sen je. Kaki pun sakit huhuhu… last2 semua pun melepak jer dalam tu.

giler ahh..patung ni...

bertukar menjadi raksasa...

eeiii..degil lak dia...cepat2 bangun!!..

tengok...magik tak.hehe...

gambar 3D yang sangat best

Sebelum balik, singah jap kedai ahjuma jual toppoki dan oden kat tepi jalan nak ke guesthouse ni. Nyum2..sedap tu, makan panas + pedas di kala sejuk. Sengih je ahjuma tu kitorang kata makanan dia sedap. Lepas tu singah lak lagi Family Mart beli susu pisang..mm..nyaman.

susu pisang

Seoul - Day 2 (13 Jan 2012)

Nami Island

Hari kedua di Seoul ni kami akan ke Nami Island. One of the wajib activity kalau ke Korea. Di pagi yang dah tak berapa nak pagi, selepas breakfast lebih kurang 10.00am baru kami bergerak keluar. Nak ke Nami ni jauh sikit perjalanan, dekat 2 jam gak lah. Dari subway Hyewa Station line 4 kena transfer line 1 dekat Dongdaemun Station untuk ke Cheongnyangni Station. Lepas tu dari subway kena tukar ambik train pulak pergi ke Sangbong Station. Dari Sangbong ambik pulak train ke Gapyeon Station. Dari Gapyeon naik cab ke jeti. Dari jeti ni beli tiket feri + tiket Nami 8000 won, barulah sampai ke destinasi. Jenuh kan?. Dari jeti nak ke Nami ni kalau sesiapa berani boleh naik zip wire. Sekejapan boleh sampai. Bayaran mahal sikit la, lupa nak tanya member ritu.


Berapa dalamnya nak ke station subway...camne dorang korek dulu yea...

 Sangbong Station, tunggu train nak ke Gapyeon. Saranghae...pose dulu sebelum naik train.


Yea..setelah sejam dalam train akhirnya sampai ke Gapyeon Station. Dari sini naik cab ke jeti tambang 3000 won.

Dalam fikiran terbayang Nami ni akan penuh dengan salji macam dalam drama Winter Sonata tu tapi sikit jer rupanya hukhuk..kecewa. Tapi Nami ni memang cantik, macam2 ukiran patung and kayu ada. Sampaikan daun2 kering pun diorang boleh susun jadikan macam2 bentuk. Tengahari tu kami makan nasi goncang, harga 5000 won. Tak perlu risau, kedai ni halal okey, nak cari pun tak susah betul2 sebelah galeri gambar winter sonata. Nasinya simple jer ada kimchi, nasi dan telur. Dia bakar kasi panas dalam bekas khas, lepas tu dia akan bagi kita glove untuk goncang. Simple tapi soodap...

Kat belakang ni sebenarnya tasik tapi dah jadi beku dah pun.

Singah jap kat ahjushi jual kuih ni...kuih beras bakar + madu..nyum2..sedap gak.


Tengok2..orang tak pernah jumpa salji

 Kalau jumpa Joon-sang n Yoo-jin yang sebenar barulah best..ye dok..

Kalau nak jalan2 dalam pulau ni naik basikal pun boleh tapi kami ni berjimat so jalan kaki je laa..

Inilah rupa nasi goncang...goncang3x..makan3x..

Patung kayu + orang beku

Itewon 

Kami lepak kat Nami ni sampai lebih kurang pukul 4 petang. Lepas tu terus gerak pergi Itewon. Tempat paling senang nak cari makanan halal kat Seoul ni sebab kat sini memang banyak orang luar. Mula2 kami cari masjid dulu. Keluar dari subway, jalan sampai jumpa Mr.kebab, lepas tu jalan panjat bukit lebih kurang 20min baru jumpa masjid. Uhh..lengoh lagi kaki. Sampai pun dah malam jadi gambar masjid pun tak berapa cantik. Dinner kami makan kat Mr.kebab. 

Jalan2 kat Itewon ni, singah satu gerai ahjuma jual t-shirt. Sementara tunggu kawan2 saya dok pilih baju tu, saja try sembang2 ngan ahjuma tu..tak sangka lak ahjuma tu boleh faham bahasa korea saya yang amat limited ni hehehe..

Itewon di malam hari

Masjid..tak berapa clear pic coz gelap sangat

Seoul - Day 1 (12 Jan 2012)

Dah lama sangat dah saya simpan hajat nak g jalan2 kat Korea ni sebenarnya tp apakan daya kos tak mengizinkan. Tengok pakej kat Matta Fair pun harga semua cecah rm3k gak, nak2 yang pakej halal. Gaji dah la ciput, lambat lagilah nak tercapai impian.
Tiba2 datang offer tiket murah ke Seoul naik Air Asia rm560 (tiket pergi balik+makan+tax). Wah..ape lagi memang tak tolak la…memang ada jodoh dengan Korea nampaknya hahaha…

Disebabkan pergi bulan Januari, time winter jadinya paham2 je la sejuknya. Nasib baik baju2 winter tak payah saya susah2 nak beli dah coz pakai adik saya punya je, sebab dulu dia pernah study jap kat Daegu. Jadinya dapatlah jimat lagi. Barang yang saya beli pun just glove n hot pack jer. Lepas tu adalah beli bekalan makanan yang banyak juga la coz takut susah nak cari makan kat sana nanti, maklumlah kami pergi sendiri tak ada tour guide, nak masuk kedai order makan pun belum tentu reti.
Pejam celik pejam celik akhirnya tiba gak detik 11 Jan 2012. Seronoknya…tak sabar nak terbang malam ni. Dua tiga hari sebelum pergi lagi rasa dada cam dugeun-dugeun (heartbeat in Korea) je.

Hari ni minta balik awal, nasib baik bos bagi..kamsahamida boss… pukul 5 cabut keluar, balik bersiap and kul 6.30 terus gerak ke Lcct. Lebih kurang pukul 11 malam, kapal pun berangkat meninggalkan Malaysia. 6 jam dalam flight memang xlena nak tido. Pusing kiri salah pusing kanan salah, sakit tengkuk, sabar je laa..
Akhirya pukul 6 pagi (5.00 am waktu Korea), mendaratlah kami di Seoul, Korea. Teruja tengok salji kat kiri kanan jalan masa mendarat tadi.

Annyeong-hasayo yorobun...sampai gak aku kat Incheon Airport ni akhirnya..

Day 1 – 12hb Jan 2012

Disebabkan sampai awal pagi, so kami bersiap2 dulu kat Airport. Lepas breakfast ala kadar terus keluar nak tunggu bas untuk ke guest house. Tapi sebelum tu beli dulu T-Money and ambil maps. Keluar je airport, mak aii..mengigil kau..sejuk giler. Muka saya terus keluar bintik2 merah macam kena gigit nyamuk. Habislah macam mana nak bergambar nanti. Nasib baik hilang lepas sapu krim ajaib Sue.

Nak ke guesthouse, kami naik bas no 6011, tambang 10,000 won. Lepas tu turun kat Sungkyunkwan Universiti Stop. Dalam sejam gak la. Dengan mengikut direction yg dibagi, tanpa sesat sampailah kami ke Windroad Guesthouse. Of coz la takleh check-in dulukan, kitorang cuma letak beg lepas tu terus gerak keluar.


Pemandangan dari subway station nak ke guesthouse
  
Hello Kitty cafe

Bersebelahan guesthouse kami ni terletaknya Sungkyunkwan Universiti. Universiti tertua di Korea. Siapa yang tengok drama Sungkyunkwan Scandal mesti tau. Hajat hati nak pecut jap pergi U ni last day tu, tapi apakan daya kaki tak mampu nak bergerak banyak dah. Kempunan nak tengok tempat Moon Geun Young belajar.

Ini bukan penganas okehh...belakang tu Sungkyunkwan University

National Museum

Tempat pertama lawatan kami Seoul National Museum. Pergi naik subway tambang 900 won. Bayaran masuk FOC. Besar muzium dia, bertingkat2. Yang bestnya sebelum masuk muzium tadi ada salji turun, walaupun kecil jer tapi jakun la sekejap. Lepas tu jumpa lak tasik beku, sekali lagi kejakunan. Lunch kami makan kat Family Mart depan muzium ni. Makan simple2 gak roti and kopi jer. Ada kejadian menarik waktu pergi toilet kat sini. Ahjuma yang cuci toilet tu kata kami yeppo (cantik)..hahaha… kamsahamida ahjuma.

Tasik beku kat luar muzium

 National Museum


Lepas habis pusing2 dalam muzium ni, kami balik ke guesthouse. Check-in and menidurkan diri sekejap. Kami stay kat dorm yang muat untuk 6 orang. Bayaran untuk 4 malam rm250/person, murah kan??.. tapi yang tak bestnya toilet kena share2 dengan bilik lain, lepas tu heater dalam bilik mandi memang sangat menyampahkan. Mula2 je panas, lepas tu bila ada bilik mandi lain yang on heater kitorang punya terus jadi sejuk. Bayangkan kalau tengah bersabun, air tiba2 sejuk (2x terjadi kat saya hukhuk L), darah pun boleh beku.

Namsan Tower

Petang tu dalam pukul 6.30 kitorang keluar untuk ke Namsan Tower. Turun dari Myeongdong Station jalan kaki memanjat bukit nak ke cable car lebih kurang 20 minit. Nak tercabut lutut dibuatnya, dah la sejuk mengigil2. Dari Namsan Tower ni boleh nampak view bandar Seoul. Tambang naik cable car ni 7500 won pergi balik.      

Namsan Tower

Nampak tak...tempat Jongkook oppa nyanyi dalam Running Man

Sempat lagi menconteng..;). lain kali ada rezki pergi lagi, wajib cari balik contengan ni..
Posted by Picasa


Bangkok - Day 3

Hari ni last day kami kat Bangkok ni. Ikut jadual pagi ni kami akan ke Floating Market. Perut pun dah ok walaupun still rasa pedih2 sikit. Kami naik bas ke Chopraya River, dari situ kami akan naik bot menyusuri sungai Chopraya tu. Nanti kat tengah sungai dia akan berhentikan bot, pastu ada la penjaja2 yg naik sampan akan datang jual barang dari bot ke bot. Adalah 3,4 sampan je yang datang menjual. Tak adalah meriah sangat macam yang selalu kita tengok kat dalam TV tu.

sungai chopraya

cakk....

Dua tiga ketul sampan yang datang jual cenderahati.

View temple dari atas bot.

Dari sungai ni, kami stop di Wat Arun Temple. Temple ni memang sebelah je dengan jeti dan tak besar sangat pun. Kitorang masuk pusing2 sikit lepas tu keluar tengok gerai2 jual barang kat luar. Tak ada apa sangat pun nak tengok kat sini sebenarnya. Cuma view dia je la boleh tahan cantik sebab betul2 menghadap sungai kan.





Last destinasi, kami ke Zoo. Tengok2 binatang, tengok2 show. Tapi sebenarnya masa kat sini, memang tak leh nak rasa seronok dah coz cuaca panas ya amat. Perut lak lapar, maklumlah semalam minum air kosong ngan roti jer. Tengahari tu ingat bolehlah jumpa nasi, sebab tour guide tu kata restoran yang dorang bawa ni internasional restaurant ada halal food. Last2 harapan kecundang bila tengok lauk cikbi merata2. Frust betul. Dalam airport nak balik Malaysia barulah jumpa nasi. Mak ai lahap tak hengat makan masing2 hehe…

Berakhirlah sudah pengalaman ke Bangkok Thailand ni. Walaupun ada yang pahit tapi pengalaman manis tetap ada. Hopefully next trip sakan lah enjoy ,xde da lah sakit2 camni..seksa oo..hehe..


Bangkok - Day 2


Hari kedua ni, kalau ikutkan dalam itinerary kami akan ke Pataya. Pagi2 after breakfast, kami duk kat lobi sementara tunggu orang2 lain. Time ini lah ada kejadian ngeri berlaku.Tengah2 melepak tu tetibe saya rasa sakit perut memulas-mulas. Saya pun ke toilet la melepaskan hajat. Dah sudah tu ingatkan dah ok, rupa-rupanya lagi teruk pulak. Cirit-birit tahap kronik, tambah sekali dengan muntah2. Dah la toilet diorang ni tak ada paip, seksa betul. Perut pula sakit jangan cakaplah, macam nak tercabut rasa. Bukan saya seorang je yang kena, ramai lagi ahli rombongan kami yang senasib rupanya. My sis pun sama. Last2 yang mana still ok teruskan plan pergi Pataya, saya, my sis dan sorang lagi member kena papah pergi hospital. 

Sampai hospital, kami siap kena usung lagi, maklumlah nak jalan pun dah tak larat. Masuk wad dia bagi injection and suruh rehat dulu. Layanan kat sini memang baguslah. Nak ketandas diorang tolong bawakkan, nak muntah pun diorang tolong pegangkan bekas supaya tak payah susah2 nak bergerak. Tapi keluar bil tengok, mahal la gak nasib baik ada insuran cover. Lepas lebih kurang 2 jam kat hospital, kami pun dah ok sikit and ambik teksi balik hotel. Seharian kat hotel memang tak buat apa, tido je laa.. badan pun memang lembik habis, so hari kedua ni, memang sekeping gambar pun tak ada.

Bangkok - Day 1

Yea2x.. ofis trip…tahun ni kami ke Bangkok, Thailand. Jauh sikit la kan dari trip last year Genting. Uik..tak sabar betul nak tengok negara orang. Disebabkan inilah pertama kali kebanyakkan staff2 kat opis ni merasa nak ke luar negara, jadi kami semua pun confirm la xde passport kan. So we all pun buatlah group passport. Lebih jimat la katakan hehe… Nak peginye bulan 8 tapi dari bulan 4 kitorang punye passport dah ready..excited tak??..;)

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami naik MAS ke Bangkok and mengambil masa lebih kurang 2 jam. 1st time naik kapal terbang..uhh..cuak gak laa, sib baik tak muntah, kalau tak buat malu jorr…

Sampai je kami di Suvarnabumi Airport, dah ada local tour guide menunggu. After lunch,kami dibawa ke Chaktuchak Market untuk shopping. Barang2 kebanyakannya jenis buatan tangan, bolehlah tahan tapi kena pandai tawar la kalau tak memang kena ketuklah jawabnya. Saya ni bukan kaki shopping so takde la excited sangat, beli pun sekadar sikit2 buat cenderahati jer..kat dalam tu panas jangan cakaplah, boleh terasa peluh mengalir dalam baju.

 panas giler..muka pun sampai berkilat dibuatnya.



Lepas bershopping, kami ke hotel check-in. Malam tu kami dinner di restoran yang ala2 restoran berputar kat menara KL tu. View memang cantik la, nampak pemandangan Bangkok City di kala malam. Makan malam tu memang meriah habis lauknye, kami orang pun apalagi makan tak ingat dunia. Lepas mengenyangkan perut dengan sepuasnya, kami dibawa pergi ke Night Market. Kat sini barang2nya pun lebih kurang macam di Chaktuchak Market juga, ada magnet, keychain, Tshirt and semualah. Tapi yang tak bestnya peniaga2 kat sini kerek semacam jer. Nak mintak kurang harga pun macam nak begaduh. Sampai ada member saya sorang ni kena marah sebab nak mintak diskaun, ape daaa… last2 kami buat aktiviti yang lagi best…jalan2 cari jajan..hehehe…

Kat sini jajan dia best tau..ada cengkerik goreng, ulat goreng..selalu tengok kat Tv je, skang dapat tengok live, meriah woo…

Disebabkan tak tau nak buat apa dah, kami pun duk melepak dalam bas sementara menunggu geng2 rombongan cik kiah yang tak habis shopping lagi tu. gambar nak upload pun tak ada coz kebanyakan semua gambar buruks...