Summer In Seoul - Day 2

1 Jul 2013

Pagi ni kami breakfast roti bakar, yogurt & kopi kat guesthouse. Disebabkan harini isnin, kami decided nak jalan2x sekitar bandar jer taknak pegi jauh, mane tau terserempak Running man tengah shooting....kononlah, tapi malangnya kami ni tidaklah bertuah beno. Hampa tau tak dapat jumpa oppa Jaesuk :( .

Dandan nak keluar tu, budak kaunter tu cakap bilik kami dah available. Dia suh kami pindah skang. Kami pun ape lagi terus masuk bilik, packing barang semua. Sampai je depan bilik 301, saya terus bukak pintu, mak aii..ada orang rupenya. Saya terkejut orang tu pun terkejut. Saya turun balik kaunter tanya budak tu. Pastu dia pun macam blur2x gak..hangin dah ni..dah la penat mengangkut beg sampai tingkat 3. Ni mesti kes communication error ni, budak tu dah la speaking dia susah nak paham, si owner dia lak satu haram tak paham omputih. Ajushi tu dah marah dia. Pastu diorang duk bincang hape pun tak tau, tapi katanya diorang akan uruskan bilik lain untuk kami. Beg2x kami pun diorang akan tolong pindahkan sekali. Oklah tu sejuk hati sikit. Yang penting kami balik nanti ada bilik triple, kalau tak, nak mintak refund...

Gyeongbuk Palace

Direction: Gyeongbukgung Station (line 3) exit 5

Tempat pertama yang kami tuju di hari kedua ni Gyeongbuk Palace. Entrance fee 3,000 won kalau tak salah. Kami tak masuk dalam just ambik gambar dari luar jer. Semalam dah masuk satu palace cukuplah. Gyeongbuk palace ni istana paling besar dekat Seoul ni, kira tempat wajib pegi laa...kalau tak pegi rugi, nanti tak dapat tengok upacara changing guard tu. Korang jugak boleh ambik gambar dengan guard2x muka serius ni semua. Kalau nak buat aktiviti mencabar sikit, boleh belek2x muka guard tu dari dekat tapi jangan sentuh dia, belek dengan mata jer, pastu buat muka jakun sikit..tengok apa reaksi dia..hahaha...

jumpa kuih ni kat subway...sedap..dalam tu inti kacang merah...2,000 won jer

permandangan dalam subway


upacara changing guard
Kat tepi gate ni ada dia sediakan tempat untuk sesiapa yang minat nak try pakai baju guard secara percuma. Percuma??.. Kami ni bukan boleh dengar perkataan percuma, laju jer beratur hihihi... service memang bagus laa...baju tolong pakaikan...topi tolong pakaikan...sampaikan kasut pun tolong sarung dan bukakan...bagus betul.

pilihan baju yang ada


poyo takkk..hihihi....
Habis berposing, kami jalan kaki ke Gwanghamun Square. Tak jauh, berdepan dengan istana ni jer. Kat sini terletaknya King Sejong Statute dan juga Statute of admiral. Ada King sejong museum jugak tapi isnin tutup. Tetiba ada 1 group student university ape tah, approach kami nak interview pasal LG product. Katanya diorang tengah buat project untuk iklan LG. Waa....glamor kau muka masuk iklan hihihi...

sesi interview


King Sejong Statute
Statute Of Admiral Yi Sun Shin

Dekat area ni jugak ada disediakan satu booth untuk sesape yang nak try baju king pulak. Free. Sekali lagi sepantas kilat kami pegi try. Yelaa..tadi dah jadi guard, nak gak merasa jadi king pulak, naik pangkat sikit..:)

bila king jumpa king... :)
Cheonggyecheon Stream

Kalau uol jalan straight dari Gwanghamun square tadi, penghujung dia dah boleh jumpa stream yang famous ni. Tahun lepas pegi sini sejuk yang amat, nak jalan pun tak larat. Tahun ni barulah aman, boleh jalan sampai pengsan. Penat jalan, singah jap bawah jambatan sambil rendam kaki dalam air yang sejuk..uu..syok...kat bawah ni jugak ada gallery ape tah..ada gambar2x..kami tak tengok pun.

nampak je siput beso tu..confirm la dah sampai stream ni..




Jauh tak jauhlah kami berjalan, sampai ke Dongdaemun terus. Alang2x dah sampai sini, cari kedai ikan bakarlah apa lagi. Ajumma kedai tu dah cam dah adik saya, maklumlah masuk hari ni dah 3x dia datang. Kami ambik 3 set ikan bakar dengan 1 set octopus. Nak explain kat tokey tu octopus pun jenuh,,sabo je laa..nasib baik dapat seko ikan free. Service kata ahjushi tokey tu. Dengan penatnya, perut laparnya..syok sangat makan, sekejapan licin..mmm..nyum2x..sedap. Nak2x octopus tu, sedap giler...kimchi dia pun sedap, ranggup jer, berkali-kali menambah. Total lunch kami makan tu 27,000 won (Rm81).




sotong  mabeles...ummm...
sekejapan licin 
sempat ambik gambar dengan anak tokey tu sebelum balik...
Sebelum lunch tadi kami sempat singah KTO jap. Dekat sini ada K-star gallery. Bolehlah ambik gambar dengan artis pujaan, tapi sikit je pun yang ada. Kat sini kalau nak try hanbok, baju tradisional diorang pun ada, free jer. Bilik solat dan free international call pun ada disediakan tapi duk try call banyak kali tak dapat pun.


yeaahh..dapat pegang tangan Rain dengan Eun Hye

Namsangol Hanok Village

Direction: Chungmuro Station (line 3 or 4) exit 4

Lepas dah mengenyangkan perut semua, kami teruskan perjalanan ke Namsangol Hanok Village pulak. Entrance fee foc. Kat sini bolehlah kita melawat kediaman orang dolu2x dekat Seoul ni. Kawasan orang berada jugaklah kot sebab rumah2x dia cantik jer. Diorang jugak ada buat persembahan dekat open stage kalau tak salah tapi tak pasti pukul berapa sebab waktu kami sampai ni pun dah petang.


warga veteran yg sibuk menganyam
tempat simpan kimchi versi dulu-dulu

ini pulak tempat simpan arak

nak try hanbuk pun boleh kat sini tapi kena bayar yer....

cantikkan view




Dekat sini jugaklah terletaknya Time Capsule yang ditanam pada tahun 1994 dan hanya akan dibuka balik 400 tahun lagi semperna meraikan ulang tahun Seoul sebagai ibu negara Korea yang ke 1000. Tanam 1994 maknanya tahun 2394 nanti barulah boleh bukak..mmm.. Amendalah agaknya diorang tanam erk...

bacalah kalau rajin



Dekat 2jam gaklah kami kat sini..penat memanjat bukit bukau..rehat pun tak tau berapa banyak kali punya rehat, dahlah cuaca panas, nasib baik ada air free.

Ok selesai menjelajah dalam village ni, ada satu lagi destinasi yang kami nak tuju. Kali ni ke Namsan Tower pulak.

dalam subway

jumpa dalam subway, tetibe terselit tshirt Malaysia....

Namsan Tower

Direction: Myeongdong Station (line 4) exit 4. Jalan straight sampai jumpa simpang besar. Belok kiri. Dari situ dah boleh nampak elevator nak ke Namsan Tower ni.

Dulu pegi sini kami menapak dari subway station tu ikut Namsan guesthouse. Jauh giler..bukit tinggi pulak tu. So kali ni setelah menelaah macam2x blog orang, jumpa lak jalan lain. Ada senang sikitlah sebab ada lif tak payah susah2x panjat bukit. Tapiii..jalan nak ke lift tu pun jauh jugak...pengsan!!..


nampak tak escalator dia....nunnn..sayup di hujung sana...

cable car dia

panjat pulak tangga lagi...

akhirnya barulah sampai....

Jom tengok gambar2x dekat Seoul Tower ni.


berat beno org depan sampai patah kusi hehehe....

padlock3x...sana sini penuh padlock



view bandar Seoul dari Namsan Tower

Last destinasi untuk hari ni, kami nak ke Myeongdong. Kebetulan time ni ada sale. Barang2x kosmetik dan penjagaan diri semua pun ada less 50%. Natural Republic, Missha, Tony Moly, Etude House semua pun murah2x..jauh beza dengan harga dekat Malaysia. Jom beli jangan tak beli...


sempat singah makan benda alah ni dulu hehehe....

ohh..jumpa abg GD

Kalau semalam masa kat Hongdae cari Cat café tak jumpa, hari ni boleh pulak jumpa café ni time jalan-jalan tu. Bayaran masuk 8,000 won/person + air secawan. Pecinta2x kucing sekalian sila masuk kalau berkesempatan.

cat cafe
si meow comel
makan aiskrim dulu...nyum2x...

Kalau baca dekat muslim.backpackers dia ada bagitau dekat area Myeongdong ni ada satu kedai Chinese vegetarian yang famous dengan jjajangmyung dia. Jadinya gigihlah kami mencari, sebab teringin sangatkan. Selalu tengok dalam cite korea tu diorang makan kemain lagi selera. Nampak je kedai tu punyelah happy, terus masuk. Sekali tanya2x..bukan kedai vegi pun, diorang ada je jual pork semua. Iskk..cam mane ni...ke salah kedai??.. Tunjuk kat dia nama dan alamat kedai yang kami siap print tu, dia kata betul. Kalau nak yang takde daging pun diorang boleh buatkan katanya...iskk..tak berani laa...takde rezeki la kot nak merasa jjajangmyun kat Seoul ni. Balik guesthouse makan nasi dengan sambal ikan bilis lagilah kami malam tu...xpelah yang penting kenyang...ye dok..hehehe...

Ok habis sudah cerita di hari kedua...untuk hari ke tiga, tunggu post yang akan datang... :)

Summer In Seoul - Day 1

30 Jun 2013

Assalammualaikum!!!...

Yeahh..pegi seoul lagi. Kali ni pegi time summer lak. Actually trip ni tak plan pun. Kebetulan adik lelaki saya (Amlie) ada conference kat sini jadi kami orang (saya, adik perempuan saya (Yatie) & kawan dia(Syu)) pun ambik kesempatan la datang sekali. Boleh g jalan sesame. Tiket flight kami beli lebih kurang 2 bulan sebelum bertolak jadi takde la dapat yang promo punye. Kali ni naik MAS pulak. Harga tiket Rm1279. Oklah kan MAS, service berbaloi.

Malam tu flight kami pukul 11.30 pm 29 Jun 2013. Yuhuu..excited sangat memasing. Alhamdulillah perjalanan lancar takde delay2x semua. Sempat lagi layan Hantu kak limah 2 sebelum membuta. Dalam pukul 6.30 am waktu tempatan gitu, sampailah kami di Incheon International Airport. Lepas ambik bagasi, basuh muka ala kadar, beli T-money, kami terus ambik train untuk ke guesthouse. Nak naik bas pun boleh, lagi mudah tak payah susah2x nak seret beg besar kehulu kehilir tapi saya tak yakin sangat sebab takut terlepas station nak turun. Naik train ni senang sikit nak tengok station2x perhentian dia. Sepanjang perjalanan lebih kurang 1jam 30min ni, kami orang membuta jer, mengantuk sesangat mata.

Sampai dekat Seoul station, adik lelaki saya Amlie dah siap tunggu kitorang. Dia datang awal 3 hari dari kami. Tapi nak cite, turun je dari train tu kami kena naik atas untuk ke pintu keluar. Dia punya escalator, mak aiii..tinggi macam hape..gayat wehh.. 3x kali kot kena naik. Tak sempat nak ambik gambar sebab terkaku kejap. 1st time sampai Seoul station ni, besar gabak station dia. Dari sini menapaklah pulak kami ke station subway pulak. Ambik line 3 untuk sampai ke guesthouse.

Beewon Guesthouse

Sepanjang trip ni kami stay kat Beewon guesthouse ni. Harga dia murah dan berbaloi, ada breakfast lagi. Roti, kopi & yogurt. Kitchen pun besar, muatlah 8-10 orang sekali makan. Untuk dorm 17,000 won/ person, padahal dorm yang adik saya duduk tu ada dua katil jer, baguskan. Kami bertiga lak duduk triple room, 20,000 won/person. Dalam bilik ada dua katil single n 1 tilam extra. Tv & peti ais pun ada, yang paling bagus ada private bathroom. Tak suke bilik air kongsi2x ni. Memandangkan kami stay lebih dari 5 hari jadi layaklah kami mendapat diskaun 10%.

Total penginapan untuk 6 malam = 324,000 won
Jadinya sorang bayar 108,000 won (rm324)

Sebenarnya ada dua Malaysian Guesthouse kat Seoul ni. Tapi harga agak mahallah. Untuk dorm saje 25,000 won/person (rm75). Yang bagusnya tak adalah kita ragu2x nak guna pinggan mangkuk dia. Bolehlah masak2x. yang tak bestnya pulak lokasi dia. Satu dekat area Itewon, dah sah2x jenuh nak panjat bukit. Satu lagi kat area Gangnam, sah2x sesak 24jam.

Memandangkan kami ni budget travel, kami pilih Beewon jelah..save sikit. Lagipun bukan nak masak apa pun kat sini, nak makan megi pun kami dah bawak tupperware & sudu siap2x. Lagi satu Beewon ni agak strategik tempat dia. Nak ke Changdeok Palace, Insadong, Ice Gallery, & Buckheon semua pun boleh jalan kaki jer.

Direction untuk ke Beewon ni, naik Subway Line 3, boleh turun kat Jongno (3)samga (exit 7) atau Anguk station (exit 4). Jalan sampai jumpa simpang besar berhadapan dengan Changdeok Palace, lepas tu uol akan nampak KB Bank, jalan sikit lagi dah boleh nampak signboard ke guesthouse ni. Oopppss..lupe nak bagi tau, kat Beewon ni ada kucing 2 ekor tau. Yang maknya nama Keum-dong, anak dia U-worry, comel....

Sampai2x je guesthouse pagi tu, ingat dah boleh check in sebab adik saya tanya pagi tu dia kata boleh. Sekali bila sampai tak boleh pulak sebab orang kat bilik tu tak check out lagi, pukul 2 pm baru available katanya. Cess...terbantut hajat nak mandi dulu sebelum keluar jalan-jalan.

view Beewon dari luar



Changdeok Palace 

Direction: Anguk station (Line 3) exit 3. Jalan straight beberapa meter dah boleh nampak istana ni.

Tempat persingahan pertama kami hari ni, Changdeok Palace. Entrance fee 3,000 won (Rm9). Disebabkan istana ni dekat je dengan guesthouse, kami jalan kaki je ke sini. Macam biasalah bila masuk istana diorang je, saya mesti kekaguman kejap..kejap je tau...cantik, bersih..suka sangat. Orang pun tak ramai waktu ni. Bila pergi area istana yang belakang2x tu, macam kami berempat jer ada. Bebas berposing..nak terlentang terbaring semua boleh. 








Dua jam gaklah kami dalam ni. Dah habis redah semua kawasan, tengok jam baru pukul 12. Kami pun decided nak pergi Insadong pulak. 

Insadong 

Dari palace tadi, kami jalan kaki ke Insadong. Jenuh jugaklah berjalan, dahla hari panas (tapi taklah sepanas Malaysia). Insadong ni popular dengan jualan barangan antik. Duit, tembikar, pinggan mangkuk lama ada berlambak dekat sini. Barang-barang hasil kerja tangan diorang pun ada banyak. Yang best ada satu kedai ni jual beg murah. Dari yang kecik sampai yang besar semua 10,000 won. Cantik-cantik pulak tu. Kami cuci mata je pun, 1st day malas nak beli-beli lagi. 


cam tak cafe belakang tu....
aiskrim rupenya yg melingkar2x kat belakang tu



Dah penat tawaf Insadong tu, kami pun balik ke guesthouse. Ingat bolehlah check in dah, rupanye harammm... Guest kat bilik tu tak check out pun lagi. Budak reception tu offer kami bilik lain, tapi masalahnya bilik tu private room untuk 2 orang. Tapi sebab kami ni penat & tak sabar nak mandi, kami ambik je la. Tapi seriously tak suka, bilik tu sempit giler untuk 3 orang. Bergesel-gesel kami dalam tu..sabo je laa..mintak request nak tukar bilik, dia cakap esok dia akan uruskan. Melampau kalau tak dapat, kami bayar untuk triple room dapat double room, tak berbaloi tau tak!!..

Tengahari tu kami makan instant rice beli dekat 7e berlaukkan serunding daging dengan sambal ikan bilis..jadilah..

Sempat jugak rest & melelapkan mata sekejap. Lepas mandi dan bersiap-siap petang tu dalam pukul 4.30 gitu, kami bergerak nak pergi Hongdae.

Hongdae 

Dekat Hongdae ni terletaknye Hongik University, sebab tulah tempat ni jadi port budak2x muda. Ramai beno orang kat sini. Ada lagi persembahan nyanyian jalanan. Tak paham pun, tapi layan jelah. Kami cari Cat café sebenarnya tapi pusing punya pusing tak jumpalah pulak..iskk... Kat sini jugak ada Flea market. Bukak sabtu & ahad jer. Baca info katanya yang berniaga student2x university. Ada yang jual topi, lukisan, kasut. Kebanyakannya barang2x yang diorang buat ikut kreativiti sendiri...





motif ada gambar illumination kat belakang???...
Jalan..jalan dan jalan lagi, tetiba nampak bangunan Sangsang Madang. Wahhh...ada apa dengan bangunan ni??..hehe. Sebenarnya bukan bangunan ni yang kami tuju, tapi sebuah café. Café apa??...tadaaa...

inilah Haha oppa punya cafe...
Peminat Running man kalau tengok sekilas pun dah tau café apa kan.. Inilah Haha oppa punya café...yeahh...happy macam dapat jumpa Haha jer padahal tengok kedai je pun hihihi...jenguk2x jugak kat dalam tu kot2x Haha ada tapi tak nampak pun. Dia sibuk dengan Byul kot, maklumlah tak lama lagi nak jadi bapak dah. Kami bergambar kat depan kedai ni jer...nak masuk tak dapat ler...tak halal uols...

inilah rupa bangunan Sangsang Madang tu...

layan show yang tak paham sepatah haram pun...
jenuh nak dapatkan aiskrim ni tau...

akhirnyaa...nyum2x...
Ikutkan itinerary, malam tu kami nak ke Banpo bridge, nak tengok show lampu2x yang menarik tu, tapi masing2x penat amat, cancel je la. Kaki pun dah sakit padahal baru 1st day huhu... kami balik bilik terus tido. Tamatlah cerita untuk hari pertama kami di Seoul.