Summer In Seoul - Day 2

1 Jul 2013

Pagi ni kami breakfast roti bakar, yogurt & kopi kat guesthouse. Disebabkan harini isnin, kami decided nak jalan2x sekitar bandar jer taknak pegi jauh, mane tau terserempak Running man tengah shooting....kononlah, tapi malangnya kami ni tidaklah bertuah beno. Hampa tau tak dapat jumpa oppa Jaesuk :( .

Dandan nak keluar tu, budak kaunter tu cakap bilik kami dah available. Dia suh kami pindah skang. Kami pun ape lagi terus masuk bilik, packing barang semua. Sampai je depan bilik 301, saya terus bukak pintu, mak aii..ada orang rupenya. Saya terkejut orang tu pun terkejut. Saya turun balik kaunter tanya budak tu. Pastu dia pun macam blur2x gak..hangin dah ni..dah la penat mengangkut beg sampai tingkat 3. Ni mesti kes communication error ni, budak tu dah la speaking dia susah nak paham, si owner dia lak satu haram tak paham omputih. Ajushi tu dah marah dia. Pastu diorang duk bincang hape pun tak tau, tapi katanya diorang akan uruskan bilik lain untuk kami. Beg2x kami pun diorang akan tolong pindahkan sekali. Oklah tu sejuk hati sikit. Yang penting kami balik nanti ada bilik triple, kalau tak, nak mintak refund...

Gyeongbuk Palace

Direction: Gyeongbukgung Station (line 3) exit 5

Tempat pertama yang kami tuju di hari kedua ni Gyeongbuk Palace. Entrance fee 3,000 won kalau tak salah. Kami tak masuk dalam just ambik gambar dari luar jer. Semalam dah masuk satu palace cukuplah. Gyeongbuk palace ni istana paling besar dekat Seoul ni, kira tempat wajib pegi laa...kalau tak pegi rugi, nanti tak dapat tengok upacara changing guard tu. Korang jugak boleh ambik gambar dengan guard2x muka serius ni semua. Kalau nak buat aktiviti mencabar sikit, boleh belek2x muka guard tu dari dekat tapi jangan sentuh dia, belek dengan mata jer, pastu buat muka jakun sikit..tengok apa reaksi dia..hahaha...

jumpa kuih ni kat subway...sedap..dalam tu inti kacang merah...2,000 won jer

permandangan dalam subway


upacara changing guard
Kat tepi gate ni ada dia sediakan tempat untuk sesiapa yang minat nak try pakai baju guard secara percuma. Percuma??.. Kami ni bukan boleh dengar perkataan percuma, laju jer beratur hihihi... service memang bagus laa...baju tolong pakaikan...topi tolong pakaikan...sampaikan kasut pun tolong sarung dan bukakan...bagus betul.

pilihan baju yang ada


poyo takkk..hihihi....
Habis berposing, kami jalan kaki ke Gwanghamun Square. Tak jauh, berdepan dengan istana ni jer. Kat sini terletaknya King Sejong Statute dan juga Statute of admiral. Ada King sejong museum jugak tapi isnin tutup. Tetiba ada 1 group student university ape tah, approach kami nak interview pasal LG product. Katanya diorang tengah buat project untuk iklan LG. Waa....glamor kau muka masuk iklan hihihi...

sesi interview


King Sejong Statute
Statute Of Admiral Yi Sun Shin

Dekat area ni jugak ada disediakan satu booth untuk sesape yang nak try baju king pulak. Free. Sekali lagi sepantas kilat kami pegi try. Yelaa..tadi dah jadi guard, nak gak merasa jadi king pulak, naik pangkat sikit..:)

bila king jumpa king... :)
Cheonggyecheon Stream

Kalau uol jalan straight dari Gwanghamun square tadi, penghujung dia dah boleh jumpa stream yang famous ni. Tahun lepas pegi sini sejuk yang amat, nak jalan pun tak larat. Tahun ni barulah aman, boleh jalan sampai pengsan. Penat jalan, singah jap bawah jambatan sambil rendam kaki dalam air yang sejuk..uu..syok...kat bawah ni jugak ada gallery ape tah..ada gambar2x..kami tak tengok pun.

nampak je siput beso tu..confirm la dah sampai stream ni..




Jauh tak jauhlah kami berjalan, sampai ke Dongdaemun terus. Alang2x dah sampai sini, cari kedai ikan bakarlah apa lagi. Ajumma kedai tu dah cam dah adik saya, maklumlah masuk hari ni dah 3x dia datang. Kami ambik 3 set ikan bakar dengan 1 set octopus. Nak explain kat tokey tu octopus pun jenuh,,sabo je laa..nasib baik dapat seko ikan free. Service kata ahjushi tokey tu. Dengan penatnya, perut laparnya..syok sangat makan, sekejapan licin..mmm..nyum2x..sedap. Nak2x octopus tu, sedap giler...kimchi dia pun sedap, ranggup jer, berkali-kali menambah. Total lunch kami makan tu 27,000 won (Rm81).




sotong  mabeles...ummm...
sekejapan licin 
sempat ambik gambar dengan anak tokey tu sebelum balik...
Sebelum lunch tadi kami sempat singah KTO jap. Dekat sini ada K-star gallery. Bolehlah ambik gambar dengan artis pujaan, tapi sikit je pun yang ada. Kat sini kalau nak try hanbok, baju tradisional diorang pun ada, free jer. Bilik solat dan free international call pun ada disediakan tapi duk try call banyak kali tak dapat pun.


yeaahh..dapat pegang tangan Rain dengan Eun Hye

Namsangol Hanok Village

Direction: Chungmuro Station (line 3 or 4) exit 4

Lepas dah mengenyangkan perut semua, kami teruskan perjalanan ke Namsangol Hanok Village pulak. Entrance fee foc. Kat sini bolehlah kita melawat kediaman orang dolu2x dekat Seoul ni. Kawasan orang berada jugaklah kot sebab rumah2x dia cantik jer. Diorang jugak ada buat persembahan dekat open stage kalau tak salah tapi tak pasti pukul berapa sebab waktu kami sampai ni pun dah petang.


warga veteran yg sibuk menganyam
tempat simpan kimchi versi dulu-dulu

ini pulak tempat simpan arak

nak try hanbuk pun boleh kat sini tapi kena bayar yer....

cantikkan view




Dekat sini jugaklah terletaknya Time Capsule yang ditanam pada tahun 1994 dan hanya akan dibuka balik 400 tahun lagi semperna meraikan ulang tahun Seoul sebagai ibu negara Korea yang ke 1000. Tanam 1994 maknanya tahun 2394 nanti barulah boleh bukak..mmm.. Amendalah agaknya diorang tanam erk...

bacalah kalau rajin



Dekat 2jam gaklah kami kat sini..penat memanjat bukit bukau..rehat pun tak tau berapa banyak kali punya rehat, dahlah cuaca panas, nasib baik ada air free.

Ok selesai menjelajah dalam village ni, ada satu lagi destinasi yang kami nak tuju. Kali ni ke Namsan Tower pulak.

dalam subway

jumpa dalam subway, tetibe terselit tshirt Malaysia....

Namsan Tower

Direction: Myeongdong Station (line 4) exit 4. Jalan straight sampai jumpa simpang besar. Belok kiri. Dari situ dah boleh nampak elevator nak ke Namsan Tower ni.

Dulu pegi sini kami menapak dari subway station tu ikut Namsan guesthouse. Jauh giler..bukit tinggi pulak tu. So kali ni setelah menelaah macam2x blog orang, jumpa lak jalan lain. Ada senang sikitlah sebab ada lif tak payah susah2x panjat bukit. Tapiii..jalan nak ke lift tu pun jauh jugak...pengsan!!..


nampak tak escalator dia....nunnn..sayup di hujung sana...

cable car dia

panjat pulak tangga lagi...

akhirnya barulah sampai....

Jom tengok gambar2x dekat Seoul Tower ni.


berat beno org depan sampai patah kusi hehehe....

padlock3x...sana sini penuh padlock



view bandar Seoul dari Namsan Tower

Last destinasi untuk hari ni, kami nak ke Myeongdong. Kebetulan time ni ada sale. Barang2x kosmetik dan penjagaan diri semua pun ada less 50%. Natural Republic, Missha, Tony Moly, Etude House semua pun murah2x..jauh beza dengan harga dekat Malaysia. Jom beli jangan tak beli...


sempat singah makan benda alah ni dulu hehehe....

ohh..jumpa abg GD

Kalau semalam masa kat Hongdae cari Cat café tak jumpa, hari ni boleh pulak jumpa café ni time jalan-jalan tu. Bayaran masuk 8,000 won/person + air secawan. Pecinta2x kucing sekalian sila masuk kalau berkesempatan.

cat cafe
si meow comel
makan aiskrim dulu...nyum2x...

Kalau baca dekat muslim.backpackers dia ada bagitau dekat area Myeongdong ni ada satu kedai Chinese vegetarian yang famous dengan jjajangmyung dia. Jadinya gigihlah kami mencari, sebab teringin sangatkan. Selalu tengok dalam cite korea tu diorang makan kemain lagi selera. Nampak je kedai tu punyelah happy, terus masuk. Sekali tanya2x..bukan kedai vegi pun, diorang ada je jual pork semua. Iskk..cam mane ni...ke salah kedai??.. Tunjuk kat dia nama dan alamat kedai yang kami siap print tu, dia kata betul. Kalau nak yang takde daging pun diorang boleh buatkan katanya...iskk..tak berani laa...takde rezeki la kot nak merasa jjajangmyun kat Seoul ni. Balik guesthouse makan nasi dengan sambal ikan bilis lagilah kami malam tu...xpelah yang penting kenyang...ye dok..hehehe...

Ok habis sudah cerita di hari kedua...untuk hari ke tiga, tunggu post yang akan datang... :)

No comments:

Post a Comment