Sabah - Day 1 (22hb Feb 2012)

Fresh dari oven… Baru balik dari Sabah bah jadinya semangat nak update blog hehehe… Penat pun tak hilang lagi ni…kaki sakit, muka jangan cakaplah habis terbakar. Itulah mandi laut tak ingat dunia, sekarang rasakan akibatnya mekjah huhuhu…

Kali ni pergi dengan family lak. Sekali-sekala bawak mak bapak gi jenjalan, kos pun bukannya mahal sangat, kongsilah sikit sorang dengan adik2 yang dah kerja. Nak kejar tiket murah punya pasal, terpaksalah budak2 sekolah tu memonteng…nasiblah.

Dari Lcct, kami naik flight  pukul 12.00 pm and sampai ke Kota Kinabalu 2.30 pm. 2 jam 30 minit perjalanan. Sementara tunggu adik saya dan family dia yang terbang dari Kuching tu sampai, kami pun lepak2 dulu dekat airport ni cuci mata.

tunggu budak tecik ni laa...sampai pun akhirnya...

Di Kota Kinabalu ni kami stay dekat Marina Court Condominium Resort. Tak jauh sangat pun dari airport ni dalam 15 minit jer, tapi tambang teksi charge sampai RM30…mahal beno. Kami duduk kondo yang ada 3 bilik + 2 bathroom + dapur. Bayaran 1 malam RM200. Murah kan?..berbaloi2. Kondo dia cantik, dapur besar, bilik air dia siap ada bathtub lagi. Pagi pun ada free breakfast untuk 6 orang. Swimming pool pun ada. Dari resort ni kita boleh jalan kaki ke pasar Philippine, waterfront n Sabah Center Point.

Marina Court Resort Condo


view dari balkoni

ruang tamu

dapur...siap ada maid lagi..

bilik tidur

bilik mandi

Dinner malam tu kami ke pasar Philippine. Syok betul tengok seafood kat sini. Ikan, sotong, udang, rumpai laut, belambak, tinggal pilih je yang mana suka. Harga pun murah. Kalau barang mentah lagilah murah, sotong besar pun RM8/ kilo. Ketam RM15/kilo, tuna RM10/kilo. Kalau ikan yang biasa2 RM2/kilo. Giler geram…rasa cam nak beli je semua.

ok semua..sedia, kita nak bergerak cari makan ni...

pilih-pilih...nak yang mana...

mmm...mana satu nak pilih ni, semua pun nampak sodap...


rumpai laut...tengok...macam anggur kan??..sedap tau yang ni.

dah pilih...makanlah apa lagi..nyum2x...

Kat pasar ni kena hati2 sikit, banyak budak2 suka mintak sedekah. Ada yang tunggu sebelah penjual ikan lepas tu offer plastic beg kat kita, kalau ambik nanti dia mintak 20 sen. Memanglah sikit jer tapi nanti dia panggil geng2 dia lak sekali mintak duit kat kita. Mengikut kata orang kat sini, budak2 ni bukannya orang asal Sabah tapi dari Philippine. Memburukkan nama baik Malaysia betul. Apa2 pun pasar ni memang terbaik lah harga barangan dia...:)  

view malam

Seoul – corat coret

Berjalan-jalan di Seoul ni memang sangat best. Walaupun kami pergi tak lama cuma 5 hari dan banyak lagi tempat2 menarik yang tak sempat nak pergi tapi sangat puas hati. Cita-cita nak terserempak dengan Running Man member pun tak kesampaian. Ada rezki lain kali of coz nak pergi lagi. Sebab banyak sangat kenangan manis kat Seoul ni, so nak tulis la corat-coret sikit.

  1. Kos perbelanjaan ke Korea selama 5 hari 4 malam ni termasuk tiket flight, tempat tidur, makan, jalan2 n cenderahati cuma RM1500. Murahkan.

  1. Korang tak ada tour guide pun insyaallah tak sesat coz signboard kat sini berlambak n mesra penguna.

  1. Dekat subway station selalunya akan ada touch screen besar untuk korang tengok maps. Dari mana nak kemana, line berapa, transfer kat mana, semua dia akan tunjuk.

  1. Dekat kawasan2 tumpuan pelancong selalunya akan ada kaunter information and orang2 dia yang pakai baju merah akan sedia membantu. Dorang ni pandai English, Japanese n Mandarin.

  1. Kalau nak cerita pasal teknologi, memang betullah kata orang yang Malaysia ni dah ketinggalan 10 tahun dari Korea. Sistem train n subway diorang memang tip top. Line subway je ada berbelas2. Laju n pantas. 5 min mesti train akan sampai.

  1. Kebanyakan tempat mesti ada Wi-fi. Sampaikan dalam subway yang dalam tanah tu pun ada. Memang best. Sebab tulah orang2 Korea ni bila naik subway je mesti menghadap hp.

  1. Makanan halal walaupun susah nak dapat tapi tak adalah masalah sangat, just beli nasi segera dekat Family Mart n bawaklah bekal serunding ke lauk segera ke.

  1. Berhati2 dengan lelaki2 kat Korea ni, sebab ramai yang kacak2 yang boleh membuatkan korang jatuh cinta..hehehe…

Seoul – Day 5 (16Jan 2012)

Namdaemun Market

Hukhukhuk…hari ke 5. Maknanya hari ni last day kami kat Seoul, malam ni nak balik Malaysia dah. Cepatnya…xnak balik boleh tak…L Saya dah jatuh hati abis kat Korea ni. Memang berat hati nak balik, tapi nak buat macam mana tetap kena balik.

Pagi ni macam biasa kami breakfast dulu dekat guesthouse, lepas tu terus check out tapi beg tinggalkan dulu. Kami bergerak ke Namdaemun. Pasar yang paling besar dekat Seoul ni. Yang bestnya dari guesthouse ni nak ke Dongdaemun, Myeongdong n Namdaemun guna subway line yang sama, line 4. Senang, tak payah nak transfer2. 


dapur Windroad Guesthouse

Sampai Namdaemun ni terkejut gak la ramai peniaga2 kat sini yang boleh cakap melayu. “apa khabar?”…, “murah2x..”, walaupun sikit2 tapi bangga gak lah dengar. Ada sorang ahjushi jual t-shirt ni cakap “ murah2…3 sepuluh ringgit!!”..biar betul, murah beno!!... padahal 3 10 ribu won, dia cakap salah haha… disebabkan ahjushi ni mesra alam, terus borong 12 helai t-shirt kat dia.
Jalan2 lagi tetiba ada sorang mamat korea ni cakap “aku cinta kamu”.. “aku rindu kamu”..”siti nurhaliza”..waa..tak sangka kenal lak dia kat penyanyi Malaysia.

Kami tak pusing habis pun Namdaemun ni, besar sangat, kalau nak jalan betul2 mau sehari suntuk baru cukup. Atas tanah, bawah tanah semua ada kedai. Yang pasti barang2 kat sini lebih murah berbanding kat tempat lain. Kalau kat Malaysia, boot yang tak berapa cantik dekat Universal Traveller tu beratus harganya, kat sini boleh dapat dalam rm80 jer. Jaket cantik2 pun, lepas tawar boleh dapat rm60. Giler murah. 


Namdaemun Market


jaket yang cantik2

baju baby...comel kan??


kedai underground

Seterusnya kami ke Jonggak Underground Shopping Center. Nak ke sini terpusing2 gak mulanya tapi nasib baik jumpa ahjushi sorang ni. Siap bawak kami sampai pintu masuk lagi. Ni yang bertambah suka ni. Orang Korea ni memang kebanyakannya suka tolong orang n peramah. Walaupun dia tau kita ni tak reti bahasa dia dan dia pun tak reti cakap luar, tapi still suka nak bertegur sapa.   


Cheongyecheon Stream waktu siang


tengok2..gambar sape kat belakang tu...

loli..loli..oh lolipop... 

gambar bangunan cantik

Jonggak Underground Shopping Center

Ada seorang helmoni saya jumpa dalam subway ni, asyik pandang je muka saya. Serba salah saya sampai tak tahu nak pandang mana. Tapi sebelum keluar sempat dia bye2 lagi. Mesti helmoni tu pelik, tak pernah tengok orang chubby macam ni kat Korea katanya hehehe.. Datang Malaysia helmoni, berlambak boleh jumpa.

Last stop shopping, kami singgah Myeongdong undergroung shopping center. Teman member beli beg. Time tengah tunggu subway kami jumpa sorang namja yang giler kentang kacaknya. Memang selalu jumpa jejaka2 kacak kat seoul ni tapi yang ni lain macam kacaknya. Muka dia iras2 Nickhun 2pm + Minho Shinee. Bayangkan. Dan2 lepas tu kami pura2 tanya jalan hahaha…Dia siap lambai2 kat kitorang lagi sebelum pergi. Sayang tak ambik gambar.. :(

Sebelum balik guesthouse, kami singgah makan oden n toppoki dekat kedai ahjuma ni lagi. Lepas hajat, takut kempunan balik Malaysia tak jumpa dah.
Siap packing barang semua, dalam pukul 7 pm gitu, kami gerak ke airport naik bas. Flight pukul 12 malam n dijangka sampai Klia pukul 6 am waktu Malaysia. Seoul..annyeong…hope lain kali boleh jumpa lagi…  


dongbang = roti taik???...

toppoki

oden ahjuma yang sedappp...

cenderahati bwk balik Msia...comelnya sukkie ku...

Seoul – Day 4 (15Jan 2012)

Bear Town

4 hari dah rupanya kami kat Seoul ni. Hari ni ikut last min plan, kami nak ke Bear Town. Nak tengok orang main ski. Sejam gak perjalanan naik bas. Yang tak tahannya ahjushi ni suka break ala2 mengejut, loya rasa tekak. Sib baik tak muntah dalam bas. Dari bus stop jalan kaki lak lagi panjat bukit 20 min.. L.

dari sini kena jalan kaki sampai atas bukit...penat tau..

fuhhh..sampai akhirnya

jeles tengok budak2 kecik yang pandai berski ni

yeahhh...


Seronok tengok orang main ski kat sini. Budak2 pun tak padan kecik, kemain lagi terror. Comel je tengok dorang meluncur. Setelah berguling2 main salji and ambik gambar, kami pun bergerak balik. Tak tahan duk sini lama2, sejuk wehh…

posing terbang la konon

peace...V

Balik dari Bear Town kami singgah ke Coex Mall cuci mata. Masuk2 je dah nampak gedabak besar poster Bigbang..haha..sukenya…kacak giler Choi Seung Hyun aku ni…;)
Kononlah cuci mata, padahal masuk dalam mall tu kitorang bantai duduk berehat. Tak larat nak jalan dah, kaki pun rasa nak tercabut jer. Bagusnya Korea ni diorang lebih utamakan produk sendiri dari produk luar. Dari kedai baju, kosmetik, sampailah ke cafĂ©, memang majority produk sendiri. Kalau kat Malaysia lak majority produk luar..sadis tul. 

giler kacak Top haku ni...

dalam subway

Dinner malam tu kami makan ikan bakar di Dongdaemun. Harga 6000 won seorang. Berbaloi la..sebab sedap sangat ikan bakar ahjuma ni. Side dish pun sedap, siap tambah2 lagi..nyum2x..

tunggu ikan yang lambat sampai

taraa...sampai sudah

sempat lagi beli candy kat ahjushi ni..

Dah kenyang kami melepak pulak kat Cheongyecheon Stream. Stream yang famous kat Seoul ni. Tapi disebabkan sampai situ pun dah malam jadinya gambar pun tak berapa nak cun. Kabur2 semuanya. Nak duk lama kat situ pun tak dapat coz sejuk. Malam kat Seoul ni suhu akan jatuh ke tahap negative..uhh..mane tahan oo.. So kitorang  pun teruskan perjalanan ke Myeongdong lak.

Cheongyecheon Stream

romantik oo..dating malam2 kat sini hehe...

Myeongdong dikala malam memang meriah, ramai betul umat manusia. Nak jalan pun susah, asyik bergesel2 jer ngan orang lain. Tapi tak boleh lawan ramainya orang masa pergi Hongdae haritu la. Yang best jalan kat sini bukan cari barang nak shopping tapi saya duk kejar nak ambik gambar poster artis2 korea yang jadi duta produk yang berlambak2 ni hehe… best tu ada Jang Geun Suk, Lee Seung Gi, Ft Island, banyak la lagi… Kalau dapat cari kedai aiskrim yang Go Minam makan dalam He’s Beautiful kan syok.

Myeongdong

giler ramai orang

Ft Island + new member??

paling fav of coz la my Sukkie...;) 

balik beli lagi susu pisang +  Lee Minho coffee