Buckheon Hanok Village
Direction: Anguk Station (line 3) exit 3.
Dari Guesthouse kami berjalan kaki jer nak ke village ni. Tapi sebelum tu jangan lupa singgah information counter ambik map dulu, kang sesat susah pulak.
Disebabkan kami sampai awal sangat sampai kaunter pun tak bukak lagi, terpaksalah kami redah je jalan. Jenuh gaklah nak cari sekolah winter sonata tu. Nasib jumpa satu ahjuma tunjuk jalan. Rupanya dia ada kedai jual merchandise kpop kat depan sekolah tu. Ingat2x balik, rupanya inilah ahjuma yang kitorang jumpa tahun lepas. Dulu datang dia bagi poskad Sukkie percuma, tahun ni dia bagi kami fridge magnet BigBang pulak percuma. Siap bagi teh lagi. Saje je kan ahjuma ni...nak mengumpan suruh beli barang kat kedai dia la tu. Memang menjadi la umpan dia, pagi2x dah habis duit kat sini.
otw nak ke Bucheon |
depan sekolah winter sonata |
ahjuma kedai Kpop.. |
Yoo Jeasuk |
Dari sekolah ni nak pergi rumah2x yang cantik tu jauh gak...jenuh panjat bukit turun bukit. Boleh tercabutlah kepala lutut. Tapi demi nak tengok Sanggoje, rumah Lee Minho berlakon dalam Personal Taste tu kenalah tabahkan kaki dan lutut yang macam nak tercabut ni. Disebabkan ketabahan dan kegigihan kami tadi...jumpalah jugak kami dengan rumah ni hehehe....
ingat tak rumah ni???.... |
fast food selalu la dengar...slow food?? |
Korean Folk Museum
Dalam plan asal, takde pun nak pergi sini tapi disebabkan last day ni ada masa lagi, kami pun singgahlah. Bayaran masuk FOC yer. Muzium dia tak adalah besar sangat..setengah jam pusing dah boleh habis. Tak ada apa yang menarik sangatlah.
Yang bestnya bahagian luar dia. Ada pagoda, ada rumah2x lama. Paling best ada satu street yang diorang buat ala2x style lama. Deret2x kedai semua style dulu2x punya. Peralatan dalam kedai pun yang antik2x. Berjalan kat situ rasa macam kat zaman 60-an dulu. Kalau muzium kat Msia buat macam ni kan bagus. Menarik jer...barulah orang datang pun seronok, banyak tempat boleh tengok.
bilik darjah waktu dulu |
Ice Gallery
Direction: Anguk Station (line 3) exit 1. Bayaran masuk 7,000 won (Rm21). Muzium ni buka 10.00 am – 7.00 pm setiap hari.
Kalau korang ada masa free bolehlah pergi sini. Kalau tak, tak payah pun takpe. Takde ape sangat pun. Macam Ice Gallery kat ICT gak, tapi yang ini lagi kecik. Ada satu part dalam ni pun di tutup untuk baik pulih. Kat sini kalau sape2x yang nak belajar buat ukiran ais pun boleh tapi bayar kira lainlah.
Paling best masa kami otw nak datang sini tadi. Jalan punyelah jauh..sampai uol akan jumpa satu sekolah dulu. Depan lagi dari sekolah tu akan ada satu kedai jual oden, tempura dan tteokbokki. Nama kedai dia Dinasour Egg kot kalau tak silap. Mula2x beli sikit jer...sekali dah rasa, sedaplah pulak. Terus beli lagi, siap masuk kedai makan tak jadi nak tapau makan tengah jalan. Tteokbokki kedai ni serius sedap. Oden aka fish cake dia pun sama, sup dia sedap sangat. Tak masin tak manis...sedap2x menghirup. Sampai sekarang teringat.
Balik dari Ice Gallery, kami singgah Insadong dulu beli beg. Ingat tak hari pertama saya ada cakap pasal satu kedai yang jual beg murah 10,000 won tu. Haritu datang tengok jer so hari ni masa membeli la pulak. Beli takde la banyak untuk pakai sendiri jer...tapi bila dah balik Msia, rasa menyesal lak tak beli banyak. Isk3x...menyampah betul... kalau membeli-belah selalu ada perasaan cenggitu.
mula2x ingat nak tapau jer... |
makan punya makan |
terus g oder sekali lagi.. |
ice gallery |
berak dulu jommm... |
Gangnam
Oo oo o o o..oppa Gangnam style...yeahh!!... Kami di Gangnam!!...Destinasi terakhir hari ini. Meriah beno tempat ni. Dari dalam train lagi orang macam semut, ramai giler. Nak keluar dari station subway pun jenuh. Betul2x tepi subway ni, ada satu pentas diorang buat ada perkataan Gangnam Style. Trade mark kawasan ni la kira. Abang mat salleh pun datang ambik gambar kat sini.
Gangnam ni kalau kat KL macam Bukit Bintang la kot. Betul2x uptown. Bangunan tinggi2x penuh kiri kanan. Ada satu jalan kat sini dipanggil Media Street kot kalau tak silap. Sepanjang jalan tu diorang sediakan mesin untuk kita ambik gambar, nak rakam video pun boleh. Nak tengok gambar atau video orang lain yang save dalam tu pun boleh. Lepas tu kalau suka boleh like.
Sementara menunggu si Syu menyoping dekat Uniqlo, kami bertiga duk kat luar sambil tengok orang lalu lalang. Macam2x style ada. Memang Gangnam punye style. Yang lelaki rambut macam2x pesen, yang pompuan pulak baju macam2x jenis. Tu belum kira kasut lagi. Kehulu kehilir dengan tumit tinggi. Tak sakit ke kaki dorang agaknya. Sempat lagi kami mengira berapa orang gemuk yang lalu lalang hehehe... Dalam setengah jam, tak sampai 10 orang pun. Kalau dekat Msia ni, tak terkira dah...orang yang mengira pun dah sah2x termasuk sekali..hehehe....
Dinner kami makan dekat restaurant Garobee. Semua makanan boleh dimakan tanpa was-was sebab restaurant ni memang menyediakan masakan vegetarian sahaja. Ada orang tu mula2x makan jer teruja giler dengan daging diorang masak...sedap..sedap katanya, memang sebijik rasa daging ori...dah menambah berpinggan2x baru perasan daging rasa tauhu...hahaha...tula lapo punye pasal. Nak tau lebih lanjut kena tunggu next entry sebab saya nak buat entry khusus pasal restoran ni. Sekarang ni cuci mata tengok gambar dulu.
conteng2x... |
inilah hasilnye... |
Habis daaa...selesai dah entry di hari ke 6 ni. Last day punye entry sambung lain kali pulak... :)
No comments:
Post a Comment